Quantcast
Channel: cErolian
Viewing all 508 articles
Browse latest View live

Vorteks #25 - Masa Untuk Rasional.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24]





“Itu masalah kau. Apa masalah kau, tiada kena mengena dengan aku.” Posisi Prof. Shah, berdiri dengan senapang patah tepat mengacu ke arah kepala Prof. Erman, masih tidak berubah. Kukuh dengan bukaan kekudanya. Prof. E dan Johan masih mengangkat kedua-dua belah tangan, tanda menyerah. Suasana menjadi suspen.
“Kau belum lagi dengar niat kami ke sini. Kami betul-betul perlukan bantuan kau.” Prof. E cuba meyakinkan. Namun, cubaan dia nyata gagal.
“Aku tak peduli. Aku dah bersumpah, segala apa yang berkaitan dengan kau, aku tak mahu ambil peduli. Kau pemusnah hidup aku.”
Prof. E menunduk. Dia faham segala yang dilalui Shah. Berkahwin dengan bekas tunang Shah, terlibat dalam keputusan menolak dana kajian yang dipohon Shah. Segalanya berlaku bukan disengajakan, tapi Prof. E tiada suara untuk menerangkan.
“Saya yang perlukan bantuan, dan ianya tiada kena mengena dengan Prof. Erman.” Johan bersuara, tiba-tiba. Mata milik kedua-dua Prof. E dan Prof. Shah berpaling ke arah wajah Johan. Johan kelihatan serius.
“Saya datang dari masa depan...”
Ayat yang keluar dari mulut Johan membuatkan senapang patah yang pada mulanya diacukan ke arah Prof. E beralih ke arah Johan.
“Kau pun nak jadi gila macam si Erman ni? Datang dari masa depan? Tsk...GILA!”
Dengan kedua tangan diangkat, Prof. E menggerakkan badan ke hadapan Johan, menghalang laluan acu senapang.
“Nama dia Yusran. Dia memang dari masa depan. Dan kami memang perlukan bantuan kau, Shah.”
“TIDAK!” Johan meninggikan suara.
“Nama saya bukan Yusran. Nama saya JOHAN. Saya bersumpah, saya memang dari masa depan.”
“Johan, kau patut sembunyikan identiti kau,” bisik Prof. E.
“Tidak. Kita datang ke sini dengan niat nam meminta bantuan Prof. Shah bagi menyelamatkan Hani. Macam mana kita nakkan bantuan dia kalau kita sendiri mulakan dengan penipuan?”
Prof. E terdiam. Logik. Dia kalah. Suasana diam seketika.

“Hahaha!” Prof. Shah gelak sebutir-sebutir.
“Kau nampak, Erman? Budak pun ada sifat rasional lebih baik dari kau.” Prof. Shah menurunkan senapangnya. Dia menunjukkan isyarat tangan ke arah ruang tamu, sebagai tanda menjemput kedua-dua Johan dan Prof. E masuk.
“Aku takkan cemarkan ruang aku dengan darah, apatah lagi darah jijik dari badan kau, Erman.”
Prof. E mengerutkan dahinya, menyampah dengan sindiran Prof. Shah itu. Namun, dia hanya mendiamkan diri walaupun sudah jadi lumrah hidupnya akan melawan jika diperlekehkan.

“Duduk anak muda. Biar aku ke dapur ambilkan air kopi.” Prof. Shah bergerak ke dapur sambil mengusung senapangnya.
“BUKAN KAU, ERMAN! KAU AKU HARAMKAN DARI DUDUK ATAS SOFA AKU.” Suara jeritan dari dapur membantutkan gerakan Prof. E yang mahu duduk di salah satu sofa. Lantas, dengan muka tidak puas hati, dia hanya berdiri di belakang sofa yang diduduki Johan. Johan hanya mampu tersenyum.
Prof. Shah kemudian keluar dengan dua cawan berisi air kopi.

“Ceritakan pada aku, apa boleh aku bantu?” Prof. Shah meletakkan satu cawan di atas meja berhadapan dengan Johan. Satu cawan lagi dia pegang sambil melanjutkan punggung ke atas sofa bertentangan. Jelas, tiada kopi untuk Prof. E. Prof. E akur dalam kehinaan.
“Begini...”
Johan memulakan cerita. Dimulakan dengan bagaimana dia terjaga di loteng rumah Prof. E dan kemudian menyedari bahawa dia dari masa depan. Bagaimana dia berkenalan dengan Intan yang masih bersekolah, namun bakal menjadi seorang selebriti yang berpengaruh pada masa depan yang dipanggil Hani. Lalu kes penculikan Intan dan kesedaran Johan bahawa dia adalah satu-satunya insan yang mampu menyelamatkan Intan dan meneruskan kelangsungan masa agar masa depan tidak berubah.
Sepanjang cerita Johan, Prof. Shah hanya berdiam diri.

“...jadi, Prof. Erman cadangkan, dengan bantuan Prof. Shah, dapat membangkitkan minda separa sedar saya bagi mengembalikan ingatan saya terhadap temubual dengan Hani yang pernah saya tonton pada masa depan, supaya saya dapat klu kemungkinan di mana Hani dibawa pergi semasa kes penculikannya sekarang.”

Prof. Shah menukar posisi duduknya dari berlipat kaki kepada badan mengunjur ke hadapan sambil bertongkat dagu.
“Kau kata, kau dari 8 tahun akan datang, datang sini untuk selamatkan seorang gadis budak sekolah dari penculik supaya gadis itu menjadi seorang selebriti pada masa akan datang?” Prof. Shah cuba merumus. Prof. E hanya tersenyum.
“Bukan sebarang selebriti. Hani akan menjadi idola ramai dan membawa pengaruh positif kepada semua orang.” Johan menambah.

Prof. Shah kembali bersandar.
“Erman, nampaknya kajian teori merentas masa yang kau gila-gilakan selama ini akhirnya membuahkan hasil.” Prof. Shah cuba berseloroh dengan Prof. E.
“Bukan. Aku hanya berada di tempat yang betul, pada masa yang betul.”
Prof. Shah membeliakkan mata.
Wow, modesty. A weird trait coming from YOU!
Mereka berdua tersenyum.

Prof. Shah memandang tepat ke arah Johan.
“Johan. Kalau cerita kau ni disampaikan kepada orang biasa, mereka akan kata kau gila dan mungkin akan diusung berjumpa pakar sakit jiwa. Tapi, aku lain. Kau ada bersama dengan Prof gila ni, jadi aku tak rasa orang gila akan rasional bila bertemu orang gila yang lain.”
Prof. E berdengus nafas sekali dengan hidungnya tanda terasa.

“Aku dalam dilema sama ada hendak percaya cerita kau atau tidak. Tapi kau berkeras dan berusaha datang nak jumpa aku hanya untuk dihipnosis, aku rasa, ianya satu peluang yang tidak selalu datang. Dengan kata lain, kita akan tahu sama ada kau berkata benar atau tidak selepas aku hipnosis kau.”
“Maknanya...?” Johan inginkan kepastian.
“Aku bersetuju nak jalankan hipnosis terhadap kau, memandangkan aku perlukan ‘tikus makmal’ untuk satu projek prosedur hipnosis baru aku.”
Johan tersenyum kegembiraan.
“Tapi, kau perlu tahu dan kenal dengan segala risiko yang bakal aku letakkan ke atas minda kau. Okey?”
“Adakah ianya bahaya?” Johan menjadi penasaran.
“Ya.”




BERSAMBUNG...[26]


Vorteks #26 - Memori Masa Depan.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25]





“Seorang budak lelaki dijumpai bogel dalam bilik kau yang berkunci rapat dari luar, kau dah percaya dia dari masa depan?” Prof. Shah mempersenda Prof. Erman yang sedang berdiri di sebelahnya. Mereka di dalam sebuah bilik di dalam rumah Prof. Shah yang dikatakan kalis bunyi, sama ada dari luar ataupun gemaan dari dalam. Di hadapan mereka, Johan sedang duduk di atas kerusi kayu dengan kedua-dua telinganya ditutupi dengan fon kepala.
“Agak-agak, kalau kau ni pengkaji agama, dan tiba-tiba ada lelaki bogel dijumpai dalam bilik kau, adakah kau akan cipta agama baru?” Prof. Shah tergelak kecil selepas bertanyakan soalan itu. Dia kelihatan puas mempersendakan Prof. E di dalam rumahnya sendiri. Prof. E masih tidak memberi sebarang jawapan.
Oops, lupa! Kau lebih percayakan sains dari agama. Ha-ha-ha!”
Prof. E hanya mampu bersabar dan terus mendiamkan diri walaupun ternyata dia sedang menahan marah sehinggakan pelipis kepalanya bergerak-gerak.
“Baiklah, mari kita mulakan.”

“Otak manusia sangat mengkagumkan. Otak manusia berupaya menyimpan setiap maklumat dari apa yang kita lihat, rasa, dengar, sentuh mahupun perasaan dalaman seperti sakit, marah, suka dan gembira. Setiap pengalaman yang kita lalui, semua tersimpan rapi dalam otak. Tapi, otak hanya memilih maklumat yang tertentu untuk terus diingati. Maklumat yang lain, yang tidak diperlukan, akan disimpan dalam satu sudut dalam otak yang gelap dan mungkin tak akan diterokai. Tapi, maklumat itu tetap ada.”

“Johan. Aku akan cuba bawa kau kembali ke masa di mana kau pernah tonton rancangan temubual dengan gadis bernama Hani itu dengan bantuan muzik dari fon telinga yang kau pakai. Apa kau perlu buat, bayangkan situasi sebenar kau di waktu itu. Cuba sebut setiap perkataan yang kau dengar atau ucapkan semasa kau berada dalam memori kau itu.”
Johan mengangguk. Faham.
“Kau perlu tahu satu risiko. Aku hanya singkap memori dalam otak kau melalui minda separa sedar, seperti membawa kau ke dalam perpustakaan dan menyuruh kau membaca buku yang ada di dalamnya. Jika kau menipu, dan memori yang kau cakapkan itu tak pernah wujud, buku yang kau nak cari itu tak pernah ada, maka kau akan berada dalam keadaan yang aku panggil ‘kekosongan’, di mana minda kau mungkin akan terperangkap dalam kegelapan dan tubuh kau di alam realiti ini tak akan tersedar. Kau akan ‘mati minda’.”
Johan tidak memberi respon.
“Tapi, kalau kau memang dari zaman akan datang, dan memori itu memang wujud, kau tak perlu risau.”
Prof. Shah dan Prof. E berpandangan sesama sendiri. Johan masih mendiamkan diri.
“Kalau kau menipu, sekarang adalah masanya yang paling sesuai untuk mengaku.” Prof. Shah memberi amaran kepada Johan.
“Sila teruskan. Kemudian, kalian akan tahu sama ada saya menipu atau tidak.” Johan menjawab dalam nada tegas. Prof. E tersenyum.
“Baiklah. Aku perlu tanya. Prosedur.”

“Kita mulakan. Sekarang, pejamkan mata.”
Johan mengikut arahan dan pejamkan mata.
“Bayangkan keadaan diri kau pada waktu itu. Sama ada kau sedang duduk, atau berdiri. Sama ada kau sedang memegang sesuatu di tangan,  ada bau sesuatu dari dapur, kau dengar deruan ekzos kenderaan di luar, atau sekadar rasa kegatalan di hujung tapak kaki. Bayangkan setiap perkara yang berlaku pada waktu itu...”
Suara Prof. Shah semakin sayup menjadi perlahan dari telinga Johan. Apa yang menemaninya adalah satu bunyi yang tak dapat dia kenalpasti datang dari fon telinga yang dipakainya. Seketika, Johan sedar dia sudah tidak mendengar suara Prof. Shah. Sensasi dirinya yang sedang duduk atas kerusi kayu yang keras sudah bertukar kepada sesuatu yang lembut, seperti sofa. Terkejut, dia dapat merasakan tangan kanannya sedang memegang sesuatu yang keras dan panjang. Datang bau masakan entah dari mana. Perlahan-lahan, datang bunyi perbualan seorang lelaki dengan seorang wanita. Suara wanita itu dia kenal, tapi dari mana?
Johan tidak tahan lagi, lalu membuka mata.

“Baiklah. Kita ketahui cerita lebih lanjut tentang Hani dan pengalamannya diculik yang telah menjadikan siapa diri dia sekarang, selepas pesanan penaja.” Itu suara lelaki yang didengarinya, datang dari sebuah televisyen di hadapan.
Rancangan temubual bertukar kepada iklan komersial.

“Ah, biadab. Suka buat orang suspen!”
Johan menghempaskan alat kawalan jauh televisyen dari tangan kanannya ke sofa sebelah. Dia berasa dirinya menjadi marah secara tiba-tiba.
Apa sudah jadi? Aku di mana?

 “Apa yang kau marah sangat ni, Han?” Seorang perempuan pertengahan usia muncul dari belakang, dengan tangannya sedang memegang senduk.
“TV. Tengah suspen, tiba-tiba iklan.”
Aku menjawab, bercakap tanpa disedari. Dan, apa Ibu buat di sini?

“Itu saja? Itu yang kau nak bisingkan sangat? Kau tu minggu depan dah nak masuk ke universiti. Kurang-kuranglah tengok TV tu.”
 “Sebab minggu depan masuk universiti-lah Han nak tengok TV puas-puas, ibu. Nanti jadi budak medic, mana ada masa nak tengok TV dah.”
Ah! Aku pernah ada perbualan macam ini, satu masa dulu. Aku ingat!
“Suka hati kaulah, Johan.” Perempuan itu berlalu ke satu ruang lain. Dapur.

Ya. Aku sedang dalam ingatan sendiri. Ingatan semasa aku menonton temubual televisyen tentang Hani dan pengalaman dirinya diculik. Semuanya sama. Tak sangka. Tak sangka kaedah Prof. Shah betul-betul berkesan. Aku sedang berada dalam diri sendiri dan hanya melihat keadaan dari mata, seperti orang yang sedang meneropong melalui periskop dari dalam sebuah kapal selam. Selama ini, aku ingat hipnosis adalah rekaan belaka. Tak sangka. Tak sangka.

Iklan di televisyen pun berakhir. Rancangan temubual bersama Hani kembali ke kaca TV.
Aku harus tumpukan perhatian kepada temubual tersebut.

“Kita kembali bersama dengan selebriti pujaan ramai masa kini, HANI.” Bingkai televisyen beralih dari wajah hos rancangan kepada wajah Hani yang tersenyum manis.
Oh, Hani. Aku sudah terbiasa dengan wajah Intan, sampaikan aku rasa lain dengan penampilan Hani yang sebenar.

“Jadi, Hani... Boleh ceritakan kepada penonton secara eksklusif tentang pengalaman Hani diculik?”
“Pengalaman itu mungkin pengalaman yang terburuk pernah saya lalui, tapi dalam masa sama, ada sesuatu yang manis di dalamnya...”




BERSAMBUNG...[27]

Vorteks #27 - Semasa Dalam Ketakutan.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26]





Intan membuka matanya. Merah dan kering. Dia kelihatan keliru.
Di mana aku berada?
Bagaimana aku boleh ada di sini?
Siapa yang bawa aku ke sini?
Setiap soalan yang bertubi-tubi menjengah ruang pertanyaan mindanya, ditepis satu persatu. Ingatan terakhirnya adalah diusung oleh lelaki yang tidak dikenali, keluar dari rumahnya dan dimasukkan ke dalam sebuah van sebelum ditampar sehingga pengsan. Kesan sakit ditampar di pipi masih dirasainya, mungkin sudah biru kelebaman. Kini, kedua-dua tangan dan kakinya diikat ketat, dan mulutnya tertampal dengan pita pelekat. Dia sedar dirinya diculik.
Walaupun dalam ketakutan, Intan memaksa diri supaya bertenang dan cuba mengenali keadaan sekeliling.

Setelah diamati, Intan mendapati dia sedang berbaring merekot di atas sekeping tilam di hujung penjuru sebuah bilik. Bilik itu kosong, hanya berisi dirinya, tilam yang menjadi alas antara badannya dengan lantai dan sebuah kerusi kayu terletak di bahagian tengah bilik. Bilik itu kelihatan seperti sudah lama dan ditinggalkan, usang. Pintu bilik berada di dinding paling jauh, dan tingkap berada di dinding bertentangan dengan pintu. Tingkap ditampal dengan surat khabar lama dengan tidak kemas, membuatkan terdapat celahan. Cahaya dari luar dapat dilihat melalui celahan itu, jelas menunjukkan hari sudah disinari matahari. Mungkin pagi.
Seketika, di luar tingkap terdapat bunyi bising mekanikal yang mengambil masa untuk berlalu. Apakah itu? Ianya seperti bunyi keretapi melintas.
Kemudian, kedengaran tombol pintu bilik bergoncang. Intan kembali memejamkan mata, berpura-pura masih tidak sedarkan diri.

“Aku mahukan bayaran aku.” Dua orang lelaki masuk ke dalam bilik bersama selepas pintu di buka. Intan cuba membuka sedikit matanya untuk melihat siapa mereka. Salah seorang adalah lelaki berbadan tegap, salah seorang dari tiga yang memecah masuk ke rumahnya, cuma kali ini tanpa topeng di muka. Manakala, seorang lagi adalah seorang lelaki yang berpakaian kemas lengkap berkot dengan tali leher seperti ahli korporat. Intan kembali memejamkan mata sambil mendengar dengan teliti setiap butir kata-kata yang dua lelaki itu ucapkan.
“Aku cuma nak kamu semua gertak dia sekeluarga supaya dia lari, pergi dari negeri ini. Tapi kenapa sampai tahap culik anak dia?” ujar lelaki berpakaian kemas itu. Lelaki berbadan tegap itu tersenyum sinis.
“Encik Alex, bertenang. Kami sentiasa buat kerja dengan cemerlang. Kami sudah gertak dan pastikan mereka akan tinggalkan tempat ini dengan segera. Budak perempuan ini adalah jaminan untuk usaha kami itu.” Lelaki berbadan tegap itu bergerak ke arah kerusi dan kemudian duduk mengadap lelaki yang dipanggilnya ‘Encik Alex’ itu.
“Apa maksud kau, Zul?”
Lelaki berbadan tegap itu dipanggil Zul. Intan akan mengingatinya.
“Beritahu aku, Encik Alex. Kalau anak perempuan mereka pulang ke rumah selepas diculik, dan memberitahu ibubapanya bahawa dia dirogol, apa tindakan si ibu dan bapa?”
DIROGOL?
Intan terkejut, namun dia masih mampu mengawal ketakutan dan terus mendiamkan diri.
“Jawapannya ada dua. Sama ada ibubapanya berasa malu dan berpindah, ataupun dia sendiri tak mahu terkenangkan memori pahit, lalu menyuruh sekeluarga berpindah.”
Encik Alex tersenyum, faham.
“Mana-manapun, hasilnya tetap akan memuaskan hati Encik Alex.”
Zul dan Encik Alex gelak besar, terbahak-bahak.

“Pastikan kau beri kenangan paling pahit kepada budak perempuan ini, supaya si Ahmad dan keluarganya akan berambus dari negeri ini dan tak akan kembali lagi.” Sebelah tangan Encik Alex menepuk bahu Zul sebagai tanda berpuas hati. Zul tersenyum lebar.
“Jangan risau, Encik Alex. Lagipun, dia memang taste aku. Aku akan pastikan dia tak akan lupa keindahan masa kami berdua malam ini.”
Zul kemudian mengeluarkan lidah dan menjilat bibir sendiri, sambil menatap sekujur tubuh gadis yang terbaring di atas tilam. Intan menjadi semakin takut.
“Jadi...”
Zul bangun dari kerusi dan memegang belakang Encik Alex dan bergerak menuju ke pintu.
“...apa kata kita berbincang tentang bayaran yang dijanjikan.”
Kedua-dua Encik Alex dan Zul keluar dari pintu. Selepas ditutup, kedengaran bunyi pintu dikunci kembali dari luar.

Selepas berasa dia kembali keseorangan, Intan kembali membuka mata. Badannya menggigil secara tiba-tiba. Jelas, dia sudah tidak mampu menahan ketakutan. Airmata meleleh tanpa henti, membasahi tilam buruk yang mengalas dirinya.
ROGOL.
Perkataan itu berkali-kali terngiang bergema di telinga. Adakah ini kesudahannya? Adakah ini nasibnya? Bagaimana dengan Ibu? Di mana Ayah? Ada sesiapa yang mampu membantunya?

Seketika, tombol pintu kembali bergoncang. Intan terpaksa menahan rasa takutnya dan kembali berpura-pura tidak sedarkan diri.
Pintu terbuka. Masuk seorang lelaki lain, kali ini yang berbadan besar. Lelaki itu juga salah seorang dari tiga yang memecah masuk ke rumah Intan. Lelaki itu, dalam keadaan berjaga-jaga sambil berkali-kali melihat ke luar, dengan perlahan menutup pintu. Dia seolah-olah seperti pencuri, berjalan jengket di hujung tapak kaki, tanpa bunyi, menghampiri Intan. Intan sedar dirinya dihampiri. Nafas si lelaki itu semakin kuat berderu seperti menahan sesuatu. Menahan nafsu.

Dari atas kepala, sampailah ke hujung kaki, seluruh tubuh Intan ditatapinya. Lelaki berbadan besar itu cukup gelojoh menjamu mata. Pandangannya tertumpu kepada bahagian tengah badan Intan. Berkali-kali lidahnya menjilat bibir. Dengus nafasnya semakin kuat dan laju. Kedua-dua tangannya saling bergosok, seperti tidak sabar untuk mendarat ke tubuh Intan. Peluh keluar dari celah rambut nipisnya. Lelaki itu kelihatan rakus, seperti sedang menunggu makanan kegemaran yang terhidang di depan mata untuk disuap.
Lelaki itu kemudian meletakkan pandangan mata tepat ke arah betis Intan. Seluar tidur yang dipakai Intan hanya menutup sehingga ke bawah lutut, menampakkan sebahagian dari betisnya. Dengan nafsu menguasai diri, lelaki itu memulakan sajian dengan menghulurkan tangan kanan ke arah betis putih Intan. Tangan berbulu yang besar itu perlahan menghampiri. Apabila tersentuh jari lelaki itu dengan betis Intan, dengan refleks, kaki Intan melurus dan tertendang jatuh si lelaki berbadan besar itu. Terduduk lelaki itu seperti guni beras jatuh ke lantai.

“ADUUUH!” jerit lelaki itu.
Intan sedar dia sudah tidak boleh berpura-pura tidak sedarkan diri, lantas dia perkemaskan kedudukan dirinya dengan mengesot duduk ke hujung penjuru tilam, menjauhi lelaki berbadan besar itu.
“Kau dah sedar rupanya. Baguslah. Aku suka mangsa meronta-ronta.”
Lelaki itu kemudian bangun dan kembali menghampiri Intan. Intan ingin menjerit, namun tiada suara yang keluar, hanya bunyi kecil di dalam mulut yang ditahan tampalan pita pelekat. Apa yang mampu dia buat adalah dengan meronta sambil mengacukan tendangan dengan kedua-dua kaki yang terikat bersama.
Lelaki itu menepis tendangan Intan. Lalu ditekannya kaki Intan dengan tangan sebelum ditindih dengan lutut. Pada masa itu, Intan sudah kepenatan dan hilang kudrat, hanya mampu menghayunkan tangannya yang juga terikat. Mengalir laju airmata, laju juga titisan peluh dari kepala.

“Jahanam!”
Kedengaran jeritan memecah suasana. Lantas, terdapat kaki terlibas tepat mengenai pipi kanan lelaki itu dari belakang badannya. Terjatuh lelaki berbadan besar itu ke tepi tilam sekali lagi, namun kali ini, menyembah bumi. Tendangan padu itu datang dari lelaki berbadan tegap yang dipanggil Zul tadi.
“Biadab kau, Bawi. Aku dah kata biar aku yang rasmi malam ni. Lepas aku selesai, baru giliran kau.”
Lelaki yang dipanggil Bawi itu bergerak ke tepi, menjauhi Intan. Tajam mata Zul menatapnya, kemarahan. Intan pula sedang menggeletar seluruh badan di atas tilam, terkecut di hujung penjuru.
“Patut nama kau ni bukan Bawi, tapi Babi. Nafsu mengalahkan babi. Pergi kau keluar sebelum aku potong batang besar kelingking kau tu.”
Bawi tanpa kata-kata, bangun dari punggungnya dan beredar keluar dengan gesa-gesa.

Zul kemudian mengubah pandangannya ke arah Intan.
“Jangan risau, si cantik. Kau terselamat. Berehatlah. Malam nanti kau tentu akan perlukan tenaga yang banyak.” Zul mencolek air peluh yang mengalir di pipi Intan dengan jari, lalu dimasukkannya dalam mulut dengan wajah kepuasan.
“Ahh! Peluh si dara. Aku suka.”
Zul kemudian beredar keluar dari bilik. Pintu kembali tertutup dan berkunci.

Walaupun terasa terselamat, tapi Intan sedar, ada bala lagi besar dan teruk yang dia bakal hadapi. Tubuhnya masih tidak berhenti menggigil. Airmatanya masih tidak berhenti mengalir. Peluhnya masih tidak berhenti menitis.
“Ya Tuhan Yang Maha Berkuasa, selamatkanlah hamba-Mu ini.”
Ratapan Intan kemudian diikuti dengan bunyi bising seperti deruan enjin kapal terbang melintas rendah.




BERSAMBUNG...[28]

Vorteks #28 - Masa Untuk Menyelamat.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27]





Lampu sorot masih tepat memancarkan cahaya dari ruang atas bilik studio ke wajah Hani. Namun, studio yang sebelum ini riuh dengan suara penonton di kerusi dan staf yang berlari-lari di belakang pentas, kini sunyi. Setiap pasang mata khusyuk tertumpu kepada Hani di hadapan pentas. Mereka semua terkejut dengan pengalaman pahit yang dialami selebriti nombor satu negara itu. Siapa sangka, di sebalik wajah ceria Hani, terdapat ruang hitam berisi pengalaman pahit.
“Ini akan menjadi rancangan temubual yang bakal mencatat sejarah jumlah tontonan.” Penerbit rancangan sedang tersenyum kepuasan di bilik suntingan.

“Jadi, Hani. Sudah tentu Hani terselamat dari peristiwa itu. Jika tidak, Hani tidak mungkin dapat berada di sini, kan?” Hos rancangan sedang memainkan peranan.
“Ya. Saya selamat dan sihat.” Hani ketawa kecil.
“Dalam peristiwa itu, perkara apa yang paling terkesan kepada Hani sampai sekarang?” Soalan itu menamatkan senyuman di wajah Hani, seperti ada sesuatu yang terus muncul di benak fikirannya sejurus selesai disoal.
“Selama saya terikat dan dikurung dalam bilik kecil itu, berkali-kali saya terdengar deruan enjin kapal terbang yang terbang rendah dan keretapi yang melintas lalu. Kadang-kadang serentak. Kadang-kadang berselang seli. Kadang-kadang sunyi sepi.”
Hos rancangan mengangguk.
“Sehingga kini, bila saya terdengar bunyi keretapi melintas, ataupun enjin kapal terbang yang melintas rendah, saya akan terfikirkan pengalaman terkurung dan terikat di dalam bilik yang dikawal oleh lelaki-lelaki durjana.”
“Adakah Hani trauma?”
“Ya? Maafkan saya?” Hani meminta soalan diulang kerana tidak jelas.
“Bunyi keretapi dan enjin kapal terbang. Adakah Hani trauma bila terdengar dua bunyi itu?”
Hani tersenyum kembali.
“Pada mulanya, memang saya trauma. Tapi, apa yang berlaku selepas itu membuatkan saya tidak mengambil rasa takut dan trauma sebagai sesuatu yang mengganggu hidup. Saya mampu untuk terus tersenyum.”
“Apa yang berlaku selepas itu?”


20 Mac 2004, jam 0836.
“Johan. Johan. Bangun.”
“Johan. Buka mata. Sedarkan diri.”
Prof. Shah menepuk bahu Johan berkali-kali untuk sedarkan Johan dari keadaan hipnosis. Johan masih keras dan tidak sedarkan diri. Darah merah mengalir perlahan dari lubang hidung sebelah kanannya.
“Dia okey tak ni?” Prof. Erman yang berada di belakang Prof. Shah kelihatan risau.
“Sampai berdarah hidung. Kejutkan dia. Buat sesuatu.”
“AKU TENGAH CUBA KEJUTKAN DIA. KAU JANGAN BISING.” Prof. Shah meninggikan suara. Peluh meleleh dari rambut jarang miliknya. Jelas, Prof. Shah panik.
“Inilah risiko yang aku katakan. Dia boleh hilang minda kalau dibiarkan berterusan.”
Prof. E mengeluh panjang. “Ini tidak sepatutnya berlaku,” katanya.
“Dan ini juga tidak patut berlaku.” Prof. Shah mengangkat tinggi tangan kanannya dan kemudian menghayunkannya kuat ke pipi Johan sehingga menyebabkan Johan tersungkur jatuh dari kerusi ke atas lantai. Prof. E tergamam.

“SAKIT!” Johan yang terbaring di atas lantai, menggosok-gosok pipi kirinya. Dia lihat tapak tangannya yang menggosok tadi. “Darah. Takkan sampai berdarah saya kena tampar?” sambil menunjukkan tapak tangannya yang terdapat kesan darah kepada Prof. Shah dan Prof. E.
“Kau dah sedar. Baguslah. Kami ingat kau dah hilang!” Prof. E memegang bahu Johan, dan ditolongnya Johan untuk berdiri semula.
“Tapi, darah...”
“Itu darah dari hidung kau. Kau dah masuk alam separa sedar terlalu lama sampai berdarah hidung. Nyaris kami tak boleh nak kejutkan kau tadi.” Prof. Shah menjelaskan keadaan.
“Jadi, kau ditampar dengan kuat supaya tersedar dari terus hilang.”
“Aku rasa, tampar tu bukan dalam prosedur, kan?” Prof. E memandang Prof. Shah dengan wajah sinis. Prof. Shah hanya berdengus panjang sambil menarik muka kelat.
“Sebenarnya, aku tak sangka prosedur hipnosis ciptaan aku ni boleh berjaya.” Johan dan Prof. E menguntum senyuman.
“Lagi aku tak sangka, si Johan ni rupanya betul-betul orang dari masa hadapan.”
“Aku sendiri pun ada keraguan tentang Johan ni,” Prof. E mencelah. “Tapi rasanya, aku percayakan dia seratus peratus sekarang.”
Johan tersenyum.
“Apa yang penting, kita dah dapat maklumat yang mampu bantu kes penculikan Intan.” Johan menyapu darah yang sudah berhenti meleleh dari hidungnya.
“Ya. Bunyi enjin kapal terbang melintas rendah dan keretapi berlalu.”

Beberapa minit kemudian, Prof. Shah keluar dari bilik bacaannya dengan membawa peta di tangan. Dia pergi ke ruang tamu untuk menyertai Prof. Erman dan Johan.
“Ini peta Arahjaya. Dengan beranggapan penjenayah tak keluar dari Arahjaya, kita boleh pinpoint kebarangkalian tempat budak perempuan tu disorok.” Prof. Shah membentangkan peta di atas meja tengah ruang tamu. Johan dan Prof. E duduk merapati meja.
“Bunyi kapal terbang terbang rendah bermaksud tempat Intan disorok berada berdekatan dengan landasan lapangan terbang. Manakala, bunyi keretapi melintas bermaksud ada landasan keretapi berdekatan bersebelahan dengan tempat itu.” Prof. E berfikiran logikal.
“Lapangan Terbang Utama Arahjaya berada di selatan Bandar Timur. Memang ada laluan keretapi di situ, untuk tujuan penghantaran kargo dan pengangkutan awam.” Johan hanya mengangguk mendengar keterangan Prof. E itu.
“Berdasarkan maklumat ini, since Arahjaya ada satu saja lapangan terbang, apa yang polis perlu buat adalah pergi periksa setiap rumah kosong yang boleh dijadikan tempat sorok di sepanjang landasan keretapi dalam lingkungan kawasan lapangan terbang.” Prof. Shah pula bersuara.
Johan dan Prof. E berpandangan sesama sendiri.
“Shah.” Prof. Shah memandang Prof. E yang memanggilnya.
“Johan datang dari masa depan. Jadi, agak susah kalau dia terlibat dengan polis. Dia tiada ID, tiada pengenalan diri, malah Johan sebenar pada masa ini masih berada di bangku sekolah.”
“Jadi?”
“Aku harap kita tak libatkan polis. At least bukan dalam masa sekarang.”
“Jadi, apa yang kau nak cadangkan?”
Kedua-dua Prof. Shah dan Johan menunggu jawapan dari Prof. E.
“Aku rasa, kita siasat dulu di mana tempat sebenar Intan disorok. Bila sudah ada kepastian, kita hubungi polis sebagai anonymous. Dengan begini, kita semua tak terlibat secara langsung dengan polis.” Prof. E menjelaskan. Johan berdiam diri.
“Bahaya. Aku tak nak campur. Aku hanya boleh tolong sampai sini saja. Aku tak nak mati di tangan penculik amatur.” Prof. Shah duduk bersandar di sofa.
Johan dan Prof. E, sekali lagi, berpandangan sesama sendiri.

“Tak apa, Prof. Shah. Bantuan Prof dengan hipnosis tadi pun sudah banyak membantu.” Johan menggulungkan peta dan memegangnya di tangan kanan.
“Mari Prof. E. Masa untuk menyelamat. Kita ke selatan Bandar Timur.”




BERSAMBUNG...[29]

Vorteks #29 - Dalam Masa Kurang 40 Minit.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28]





Angin laju yang masuk melalui celah tingkap kereta yang terbuka sedikit menyeluarkan bunyi seperti siulan yang panjang. Namun, perkara itu bukanlah kerunsingan utama yang berada di minda kedua-dua Prof. Erman dan Johan. Mereka berdua kini berada di dalam kereta yang laju meluncur di atas lebuhraya dalam kelajuan 100 kilometer sejam. Kedua-dua mereka fokus dengan apa yang sedang dilakukan masing-masing. Prof. E sedang memandu, manakala Johan duduk di sebelah, sedang gigih menelaah peta yang dibekalkan Prof. Shah sebentar tadi.
Dengan kelajuan seperti ini, mereka berdua akan sampai ke tempat yang dituju dalam masa kurang 40 minit.

Walaupun Prof. E kelihatan fokus dalam permanduannya, tetapi dia sebenarnya sedang gigih memikirkan sesuatu.
Hari ini 20 haribulan. Aku kena pastikan segalanya berjalan lancar sebelum 22 haribulan memandangkan kilat Thor yang seterusnya adalah pada malam 23 itu. Ada beberapa data yang perlukan kepastian. Aku kena selesaikan segera. Kalau aku terlepas malam 23 itu, maka Johan tidak dapat pulang ke masa depan. Kilat Thor seterusnya adalah pada 8 tahun akan datang, kemungkinan itu adalah tarikh dia disambar sebelum ni. Aku kena lengkapkan semua data kajian aku, supaya usaha aku selama berpuluh tahun ini tidak sia-sia. Aku juga kena pastikan tiada dua Johan dalam satu masa sama. Ianya bakal menyusahkan semua orang, termasuk kemungkinan mengganggu perjalanan aliran masa.
Begitulah seorang professor. Begitu mementingkan kajian. Namun, Prof. E sendiri sedar, kewujudan Johan banyak membawa perubahan kepada dirinya. Terlalu banyak perkara yang perlu dia lihat kembali, terutamanya keutamaan antara kajiannya dengan keluarga yang telah meninggalkannya.

“Johan.” Prof. E memulakan bicara.
“Kita akan berhenti di sebelah barat Lapangan Terbang Utama Arahjaya dan jalan kaki menyusuri tepi landasan keretapi. Kalau terjumpa pondok atau rumah yang mencurigakan, kita akan sahkan itu adalah tempat Intan disorok, kemudian kita akan buat panggilan kepada polis supaya mereka boleh datang serbu.”
Anonymously?” Johan bertanya. Prof. E memusingkan kepala memandang Johan.
“Ya. Anonymously. Lebih baik kita tak terlibat dengan polis..”
“..memandangkan saya ni orang yang tak sepatutnya wujud dalam zaman ini, memang adalah terbaik kalau kita berdua, terutamanya saya, tidak terlibat dengan polis,” Johan memotong dan menyambung kata-kata Prof. E. Johan memandang Prof. E dan tersenyum.
“Saya faham. Walaupun pada saya, kedatangan saya ke sini memang ada tujuannya sendiri, tapi saya tak patut untuk terus berada dalam zaman masa ini. Jadi, saya percaya 100% Prof mampu untuk hantar saya pulang ke masa depan.  Boleh, kan?”
 “Sudah tentu. Kau sedang bercakap dengan orang yang sudah habiskan masa hidupnya mengkaji fenomena merentas masa.” Prof. E tergelak kecil.
Kemudian, mereka berdua berdiam seketika. Bunyi angin seperti siulan menutup suasana sunyi.

“Sebenarnya...”
Prof. E memandang Johan yang sedang mahu mula bicara.
“...sekarang, perasaan untuk menyelamatkan seseorang yang penting membuatkan saya berkobar-kobar. Perasaan menjadi sebahagian dari sejarah untuk seseorang yang bakal mengubah masyarakat, membuatkan saya jadi bangga.” Johan senyum.
“Intan begitu penting, huh?”
“Di masa saya, dia dikenali sebagai Hani. Sebelum ini, kita hanya menganggap golongan selebriti dan artis hanya sekadar bertujuan menghibur. Ada juga di kalangan mereka yang dipandang hina dek kerana kerjayanya. Tapi, kewujudan Hani menyangkal semua itu. Dia adalah ikon. Dia telah mengubah persepsi masyarakat terhadap golongan seperti dia. Dia sudah buktikan, siapa sahaja, tak kira status atau taraf kedudukan, mampu terus mengejar cita-cita dan berjaya.”
Prof. E tersenyum.
“Kalau kita berdiam diri dan tidak pergi menyelamatkan Intan, saya pasti masa depan akan berubah. Entah bagaimana masa depan tanpa Hani yang bakal saya pulang.”
“Bukan, maksud aku, Hani tu, begitu penting bagi kau, huh?”
Johan memusingkan kepalanya laju ke arah Prof. E. Mukanya jadi merah. Prof. E tersenyum.
“Bila kau bercerita tentang Hani, muka kau jadi berseri-seri. Kau juga begitu semangat nak selamatkan Intan dari diculik, seolah-olah itu memang adalah tanggungjawab kau. Kau seperti tak takut kalau hilang nyawa.”
Johan hanya menunduk, senyum.
“Jadi, Hani begitu penting pada kau, huh?”
Johan mengambil masa untuk menjawab soalan itu.
“Memang betul saya ada simpan perasaan terhadap Hani. Secara peribadi, saya antara orang yang terkesan dengan bawaan positif yang dia sebarkan. Saya berubah keras menuju kepada impian saya menjadi doktor. Tapi..” Johan berdiam, mematikan ayat.
“Tapi apa?”
“Macam mana nak cakap. Hmm.. Prof takkan tak pernah ada perasaan terhadap artis kegemaran atau mana-mana selebriti?”
Prof. E memandang ke atas mengingati sesuatu. “Aku pernah suka dengan pembaca berita radio masa sekolah rendah dulu. Tapi bila aku nampak muka sebenar dia, aku terus tak suka.”
Serentak, kedua-dua Prof. E dan Johan tergelak besar.
“Hani lain. Dari wajah, suara, perwatakan, semuanya mampu menarik hati sesiapa sahaja. Sebab itulah, saya tahu, bukan saya saja yang suka pada dia. Mungkin beribu...tidak, beratus ribu lagi lelaki yang sukakan dia. Maka, kebarangkalian untuk saya mungkin lebih rendah dari dijangkiti penyakit smallpox.”
Now, you are talking like a medical student.”
Sekali lagi, mereka berdua tergelak besar bersama-sama.
Selang beberapa saat selepas gelakan mereka reda, Johan mengeluh panjang.
“Kenapa mengeluh?” tanya Prof. E.
“Hmm... Bergelak ketawa dengan Prof mengingatkan saya dengan bapa saya. Entahlah, saya tak sangka saya akan cakap begini, tapi saya rasa saya rindu dengan mereka. Ibu dan bapa saya.”
Prof. E menguntum senyuman. “Aku pun, Johan. Aku pun.”
Johan bingung. Apa maksud ‘aku pun’? Prof. E pun rindukan ibu bapa aku? Atau dia rindukan ibu bapa dia? Entahlah.
Johan hanya berdiam diri. Dia tidak mahu mempersoal kata-kata Prof. E tadi.

Prof. E masih tersenyum.
Walau apapun yang bakal berlaku, aku berjanji, aku akan hantar budak ni balik ke masa depan, balik ke zaman dia. Beberapa hari ni, dia banyak mengubah aku ke arah yang lebih baik. Dia sudah memberi cahaya harapan kepada kajian aku yang selama ini buntu. Dia sudah membuatkan aku kembali mempersoal apa yang sudah aku buat selama ini sama ada berbaloi atau tidak, dan persoalan itu adalah baik. Dia sudah mambuatkan aku berbaik semula dengan Shah, walaupun tidak sepenuhnya. Dia sudah membuatkan aku kembali terkenang saat berseronok bersama yang tersayang. Bergelak ketawa tanpa merunsingkan fikiran. Dia sudah membuatkan aku rindu.
Aku rindukan keluarga aku. Anak dan isteri aku. Terima kasih, Johan.
Aku janji, aku akan hantar kau balik ke masa depan.




BERSAMBUNG...[30]

Vorteks #30 - "Ambillah Masa Fikirkannya."

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29]




Rentas jelajah tanah, Arahjaya berkeluasan 343 kilometer persegi dan merupakan sebuah wilayah yang membangun. Dengan populasi mencecah 1.358 juta orang penduduk, Arahjaya dibahagi kepada lima bandar utama: Bandar Utara, Bandar Selatan, Bandar Barat, Bandar Timur dan Pusat Bandar Arahjaya. Di antara kelima-lima bandar tersebut, Bandar Selatan merupakan bandar yang berpenduduk paling padat, kira-kira 424 ribu orang. Rumah Johan dan kawasan perumahan di mana rumah Prof. Erman dan rumah Intan berada terletak di dalam Bandar Selatan. Pusat Bandar merupakan kawasan paling kurang penduduk, kerana di situ berpusatnya pelbagai bangunan pejabat dan pusat pentadbiran kerajaan termasuk kompleks membeli-belah utama. Lapangan Terbang Utama Arahjaya terletak di selatan Bandar Timur, sebuah kawasan yang luas tetapi dikelilingi dengan ladang kelapa sawit dan hutan belantara.

20 Mac 2004, jam 1036.
Di bahagian selatan Bandar Timur.
Kereta yang dipandu Prof. E sudah sampai di sebuah jalan mati. Di hadapan hanyalah kawasan hijau yang dipenuhi dengan pokok tinggi dan diiringi bunyi unggas.
“Kita sudah di penghujung jalan. Kita jalan kaki, dan di depan sana akan bertemu dengan jalan keretapi. Jalan keretapi itu berhubung terus dengan lapangan terbang untuk tujuan membawa penumpang dan barangan dagangan. Kalau kita bergerak sepanjang jalan keretapi, kita mungkin bernasib baik akan bertemu dengan mana-mana kawasan yang boleh dijadikan tempat persembunyian Intan.” Prof. E memberi penerangan panjang lebar.
Johan sudah berdiri berhadapan dengan hutan yang bakal mereka rentasi dengan memegang pemotong dawai di tangan kanan. Terselit di sebelah kiri pinggangnya adalah pisau pendek bersarung. Prof. E hanya memegang sebatang batang besi panjang.
Dengan tidak mengetahui berapa lama perjalanan mereka sebelum menjumpai kawasan Intan disembunyikan, ataupun dengan siapa bakal mereka hadapi, kedua-dua Johan dan Prof. E mula melangkah masuk ke dalam hutan.

Pada masa yang sama, di rumah Intan yang terletak di utara Bandar Selatan:
Di ruang tamu, selain adanya pegawai polis yang sedang menyiasat tempat kejadian, juga terdapat Encik Ahmad yang sedang memeluk erat isterinya di sisi. Mereka berdua duduk di atas sofa, rapat berpelukan sesama sendiri. Encik Ahmad cuba menenangkan isterinya yang baru sahaja mampu duduk selepas tersedar dari pengsan dipukul penculik. Isterinya masih tidak kering airmata. Encik Ahmad hanya mampu menepuk bahu isterinya berkali-kali, memujuk agar tidak terus menerus menangis. Namun, dalam tenang Encik Ahmad, dia juga menyalahkan dirinya kerana tiada semasa peristiwa itu berlaku. Encik Ahmad kerja di luar bandar. Selepas mendengar berita kejadian, dia dengan pantas meluru pulang tanpa mempeduli berapa besar kerja yang dilakukannya. Padanya, tiada yang lebih besar pentingnya dari keluarga. Kerja boleh dicari, keluarga tiada ganti.
“Aku patut lebih tahu. Keluarga aku dalam bahaya. Aku tak patut tinggalkan mereka.” Hati kecil Encik Ahmad merintih sesal. Kini, anaknya diculik, sedangkan pihak polis masih belum dapat petunjuk siapa pelaku jenayah. Pihak penculik juga belum membuat apa-apa panggilan meminta wang tebusan atau sesuatu seperti itu. Mereka, Encik Ahmad dan pihak polis, jadi buntu.

Kemudian, datang seorang pegawai polis berpakaian preman menghampiri Encik Ahmad dan isteri.
“Encik Ahmad, ada seseorang di luar mahu berjumpa dengan encik. Katanya dia kenalan rapat encik dan dia berkeras mahu membantu. Patutkah saya bawa dia masuk?” jelas pegawai polis itu. Encik Ahmad hanya mengangguk setuju.
Tiada sebarang tekaan dari Encik Ahmad mengenai siapakah tetamu itu. Padanya, biar siapapun dia, itu tidak penting. Apa yang penting, dia perlukan seseorang yang boleh memberi perkembangan.
“Ahmad, apa khabar? Sihat?”
Suara itu membuatkan Encik Ahmad laju memalingkan kepala ke arah empunya. Isterinya di sisi juga terkejut dengan reaksi suaminya, juga memaling ke arah suara itu datang.
Suara itu milik kenalan perniagaan Encik Ahmad, lebih tepat, musuh perniagaannya, Encik Alex.
“Encik Alex!” Kata-kata Encik Ahmad termati. Dia tidak dapat respon alasan khusus kenapa musuh perniagaannya kini berada di depan mata di saat keluarganya ditimpa musibah.
“Janganlah ber’encik-encik’ dengan saya. Panggil saja Alex.”
Tepat mata Encik Ahmad bertembung dengan mata Encik Alex. Encik Ahmad masih tidak dapat fikirkan alasan dan niat sebenar Encik Alex. Apa yang dia boleh ingat adalah ayat terakhir Encik Alex lemparkan kepadanya di pertemuan terakhir mereka beberapa hari lalu.
Aku akan pastikan kau terima padahnya, berkali ganda.

“Boleh kita bercakap berdua?” Encik Alex merujuk kepada kehadiran isteri Encik Ahmad di sebelah. Setelah memujuk seketika, Encik Ahmad bangun dari sisi isterinya dan bersama Encik Alex ke satu sudut di hujung ruang tamu di mana jauh dari mana-mana orang ketiga.
“Saya ada dengar anak awak diculik.”
Saya? Awak? Sejak bila si Alex ni pandai berbudi bahasa.
“Saya faham sedihnya perasaan anak diculik. Jadi, saya datang nak tolong.”
“Bagaimana?” balas Encik Ahmad, pendek.
“Macam ni... Tapi awak kena diam-diam, tak boleh beritahu orang lain, terutamanya polis.”
“Bagaimana?”
“Macam ni... Saya ada kenal beberapa orang besar dalam kumpulan sindiket sekitar sini.”
Kenyataan itu membeliakkan mata Encik Ahmad.
“Kalau awak nak, saya boleh minta tolong mereka carikan siapa yang culik dan lepaskan anak awak dengan selamat. Kalaulah awak nak...”
Berurusan dengan orang licik dan berniat jahat seperti Alex ini selalunya bukan percuma.
“Jadi, what’s in it for you?”
Soalan terus dari Encik Ahmad itu menguntumkan senyuman di bibir Encik Alex.
“Saya hanya berharap awak dapat lepaskan projek shopping mall yang kita bersaing sebelum ini, dan serahkan sepenuhnya kepada syarikat saya.”
Tidak syak lagi, si Alex ni memang licik macam ular.
“Awak kena tahu, berurusan dengan ketua sindiket jenayah bukan sesuatu yang mudah dan murah. Kita sama-sama, semua ada kepentingan. Yang penting tak melibatkan polis, ya.” Tangan Encik Alex naik ke bahu Encik Ahmad, memegang seperti akrab dua rakan baik, kononnya. Jelas Encik Ahmad tidak selesa.
“Jangan risau. Ambillah masa fikirkannya. Tapi, lagi lama awak tangguh, lagi susah nak pastikan anak awak dalam keadaan selamat.”

Selepas menepuk bahu Encik Ahmad beberapa kali, Encik Alex berjalan menuju ke pintu. Semasa berlalu di sebelah isteri Encik Ahmad yang sedang duduk di sofa, Encik Alex sempat senyum sambil menunduk sedikit kepada isteri Encik Ahmad. Isteri Encik Ahmad juga membalasnya.

Encik Ahmad berdiri di hujung penjuru ruang tamu dengan dua jari telunjuk dan ibu jari memicit ruang antara dua matanya. Macam-macam yang difikirkannya. Tetapi, ultimatumnya adalah pilihan antara anaknya, Intan dengan projek mega pembinaan kompleks membeli-belah yang menjadi impiannya sejak dari dulu lagi. Pilihannya jelas, tapi disebabkan pilihan itu datang dari seseorang seperti Alex, Encik Ahmad terpaksa berfikir sedalam-dalamnya.



BERSAMBUNG...[31]

Vorteks #31 - Empat Tempat Satu Masa.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30]




Angin bergeser dengan daun-daun menghasilkan bunyi seakan-akan siulan yang datang dari pokok. Bunyi itulah yang menjadi peneman Johan dan Prof. Erman dalam perjalanan mereka merentas hutan sebelum bertemu dengan landasan keretapi. Landasan keretapi tersebut menghubungkan antara Lapangan Terbang Utama Arahjaya dengan seluruh kawasan Arahjaya. Sepanjang jalan sehingga ke penghujung landasan, akan ada satu kawasan dipercayai tempat Intan disorok selepas diculik awal pagi tadi. Tempat itulah matlamat mereka berdua.

20 Mac 2004, jam 1114.
“Johan, ingat. Kita akan ikut sepanjang landasan ini dan bila berjumpa dengan tempat yang disyaki, kita sahkan dulu. Lepas itu baru kita buat panggilan kepada polis, biar polis handle.”
Johan memberhentikan langkah kakinya setelah mendengar kata-kata Prof. E itu. Dia kemudian memalingkan kepala kepada Prof. E yang berjalan di belakangnya.
“Prof...” Johan tersenyum.
“...dekat 40 kali dah saya dengar perkara tu keluar dari mulut Prof.”
Prof. E tersenyum. 40 kali mungkin terlalu ditokok tambah, tapi dia yakin dia sudah mengulangnya hampir masuk dua digit.
“Aku cuma nak ingatkan. Kita tak tahu siapa yang bakal kita berhadapan.” Nafas Prof. E menjadi pendek. Pada usia dia, merentas hutan menuju ke tempat yang belum diketahui kewujudannya adalah sesuatu yang sangat memenatkan.
“Saya cadangkan Prof simpan tenaga untuk perjalanan ini daripada terus mengulang perkara yang saya dah tahu.” Prof. E dan Johan ketawa kecil.
Seketika kemudian, langkah kedua-dua Prof. E dan Johan terhenti.
“Itu. Itulah dia.” Prof. E meluruskan jari telunjuk mengacukan ke arah sesuatu di hadapan mereka. Johan tersenyum.
“Itulah dia. Landasan keretapi. Apa yang perlu kita buat ialah berjalan sepanjang landasan ini menuju ke arah timur sambil melihat kalau-kalau ada tempat Intan disembunyikan di sekitar.”

Pada masa yang sama, di satu kawasan sekitar Bandar Selatan:
“Hello, Zul!” Encik Alex kelihatan sedang membuat panggilan kepada Zul, si lelaki berbadan tegap merangkap ketua daripada geng tiga orang yang menculik Intan.
“Hello Encik Alex. Apa hal telefon? Mahu cerita tentang bayaran kah?”
“Sabar dulu. Bayaran tak lari. Tapi aku ada satu berita baik untuk kau orang.”
“Apa dia?”
“Dengar sini. Kau bertiga sudah boleh kerjakan itu budak perempuan. Buatlah apa yang kau suka.”
“Wah. Itu memang berita gembira tu!”
“Pastikan budak itu dapat cukup-cukup. Lepas kau orang puas, tunggu panggilan dari aku. Bila aku benarkan kau lepaskan budak itu, lepaskan dia ke tempat yang senang dijumpai.Tapi jangan sampai mati pula. Ingat tu?”
“Ok, Encik Alex. Itu jangan risau. Serahkan saja kepada kami.”
“Lepas tugas kau itu selesai, baru kita cerita tentang bayaran.”
“Baik, Encik Alex.”
Perbualan telefon itu ditamatkan. Senyuman sinis bercampur kepuasan terukir lebar di wajah Encik Alex. Dia yakin, segala yang dirancang olehnya berjalan dengan lancar.

Sementara di rumah Intan di utara Bandar Selatan:
Encik Ahmad kelihatan terduduk menunduk dengan kepala ditahan dua tangannya. Dia jelas runsing. Dia kemudian dihampiri oleh isterinya yang pipinya masih dibasahi air mata.
“Abang, kenapa?” tanya isteri Encik Ahmad.
Encik Ahmad bingung, tidak pasti sama ada mahu berterus-terang dengan isterinya atau tidak. Separuh hatinya menganggap lebih baik dirahsiakan tentang tawaran Encik Alex itu dari isterinya. Separuh lagi mendesak untuk menceritakan supaya dirinya dapat pandangan dari orang ketiga untuk membuat keputusan.
“Tak apa-apa, sayang. Nanti abang ceritakan.”
Mereka berdua kemudian dihampiri seorang pegawai polis berpangkat inspektor.
“Maafkan saya, Encik Ahmad, puan.” Serentak kedua-dua kepala Encik Ahmad dan isterinya berpaling ke arah inspektor itu.
“Saya ada beberapa soalan yang mahu ditanyakan.”
“Ya. Silakan.”
Inspektor tersebut membelek-belek beberapa helai kertas di tangannya.
“Dari siasatan kami dari pagi tadi, kami dapati ini bukan satu kes pecah rumah dan penculikan biasa.”
Muka Encik Ahmad dan isterinya serta merta berubah. Terkejut.
“Kita pada mulanya beranggapan kes ini pada asalnya adalah pecah rumah, kemudian berlarutan kepada penculikan apabila melibatkan anak gadis encik. Tapi, hakikatnya adalah sebaliknya.”
“Sebaliknya? Bagaimana?”
“Ya. Maksud saya, kemungkinan besar para penjenayah dari awal sudah berniat mahu menculik. Pecah rumah dan mencuri barangan berharga hanyalah sampingan.”
Isteri Encik Ahmad menjerit kecil dan kembali menangis. Encik Ahmad kemudian memeluk isterinya untuk menenangkannya.
“Jadi, soalan pertama saya, ada sesiapa yang Encik Ahmad suspek berdendam dengan Encik Ahmad sehingga mampu merancang jenayah seperti ini?”
Terus, Encik Ahmad terbayangkan muka seseorang. Alex.

Di sebuah rumah tinggal usang, di pinggir sempadan kawasan lapangan terbang:
“Bawi, Galah. Kita dah dapat green light.” Zul memberi khabar berita.
Green light? Untuk apa?” Bawi, si seorang dari geng bertiga yang berbadan besar, kebingungan.
“Bodoh ke apa? Tu hah! Lauk dekat atas tu.” Giliran Galah, lelaki tinggi lampai, untuk bersuara.
“Maknanya kita tak payah tunggu masuk malam lah, ya?” Bawi kedengaran riang. Dia memang tertunggu-tunggu peluangnya untuk melampiaskan nafsu.
“Dengar sini. Biar aku yang rasmi. Korang berdua jangan cuba nak potong line. Kalau tak, tahulah akibatnya.” Zul memberi amaran. Bawi kelihatan kecewa, tapi Galah seperti tidak kisahkannya.
“Aku nak mandi dulu. Aku tak suka badan aku busuk semasa ‘berseronok’, tapi aku paling suka peluh anak dara.”
Serentak mereka bertiga ketawa berdekah-dekah. Kemudian, Zul beredar dari situ menuju ke bilik mandi di belakang rumah. Bawi dan Galah berpandangan sesama sendiri.
“Galah, aku pun nak rasa yang dara juga. Asyik Zul je yang dapat.” Bawi merungut.
“Biarlah dia. Dia yang dapatkan kita habuan. Aku tak kisah. Dara ke, tak dara ke, aku bedal je semua.”

Di tingkat atas, di dalam bilik Intan dikurung, Intan masih terduduk di hujung penjuru paling jauh bilik. Walaupun sudah berhenti menangis, tapi seluruh badannya masih menggigil.

Dia tahu bala yang semakin menghampirinya.



BERSAMBUNG...[32]

Vorteks #32 - Masa Berseorangan.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31]




Hambar.
Intan yang sedang duduk memeluk kakinya, masih berada di penjuru paling jauh dari pintu bilik tempat dia dikurung. Tajam matanya menatap pintu bilil. Seluruh bahasa tubuhnya mengadap ke arah pintu itu sambil meneka-neka siapa yang bakal masuk melaluinya. Adakah si penjahat durjana? Ataupun ahli pasukan penyelamat? Ataupun ayahnya? Mungkinkah perwira dengan berbaju perisai sambil membawa pedang panjang seperti figura yang selalu dijaja sebagai hero dalam cerita dongeng kanak-kanak? Badannya yang masih menggigil ketakutan tidak peduli apapun jawapannya, asalkan yang masuk melalui pintu itu bukanlah si durjana bermuka rakus seperti haiwan yang ketagihan nafsu.

Sekali-sekala, Intan membetulkan pelukan tangannya. Peluh yang pecah membasahi badan membuatkan cengkaman tangan menjadi licin dan tidak kuat. Kadang kala Intan menggenggam lengan baju untuk menguatkan pelukan. Dia tidak berniat mahu melepaskan pelukan badannya itu. Dari perlakuannya, merapatkan kedua-dua belah kakinya ke badan dan menjadikan kedua-dua tangannya sebagai pengunci, memeluk kaki dengan erat adalah sebagai tanda dia akan mempertahankan kehormatan dirinya walaupun apa yang bakal dihadapinya. Dia perempuan. Dia sedar, dia seperti seketul anak kambing dikurung di dalam sebuah kandang singa yang lapar.

“Ibu...”
Perlahan suara keluar dari mulut Intan. Suara yang agak terketar-ketar. Kali terakhir dia ternampak ibunya adalah apabila ibunya diserang di kepala oleh salah seorang lelaki durjana itu semasa dia diusung culik keluar dari rumah. Dia nampak dengan jelas ibunya jatuh rebah ke atas lantai dengan darah merah likat mengalir keluar.
Ibunya bukanlah seorang yang kuat. Di mata Intan, ibunya sangat lembut dan bersopan santun. Setiap susun laku ibunya begitu lembut, sehinggakan sesiapa yang memandang akan berada sejuk dan redup. Malah, bibir yang sentiasa dihiasi senyuman menjadikan ibu Intan sentiasa diselubungi aura penyayang.
Adakah ibu tidak apa-apa?
Adakah ibu selamat?
Adakah ayah ada bersama ibu sekarang?

“Ayah...”
Disebutnya pula seorang lagi insan terpenting dalam hidupnya. Ayah Intan adalah seorang ‘family man’. Dia begitu mengutamakan keluarga. Dahulu, pernah dia membatalkan lawatan perniagaan ke luar negara hanya kerana Intan menghidap demam. Katanya, “Ayah kerja kuat untuk keluarga. Jadi, tiada guna kalau dapat duit banyak tapi keluarga terabai.” Intan berazam, satu hari nanti, bila sampai masanya, dia akan mencari seorang teman hidup mirip ayahnya. Seseorang yang mengutamakan keluarga melebihi segalanya. Seseorang yang sanggup berkorban demi insan yang disayangi.
Intan berfikiran, mengenali ayahnya, mungkin ayah sekarang sudah berada di sisi ibunya. Ayah mesti sedang sedaya upaya cuba menenangkan ibu. Dalam masa sama, dia mesti sedang berkeras mendesak semua pegawai polis dan pegawai penyiasatan menjejak anaknya yang diculik. Ayah tidak akan duduk diam berpeluk tubuh. Dia akan cari seribu satu cara untuk menyelamatkan anaknya.
Ayah, saya berada di sini.
Ayah datanglah selamatkan saya.
Ayah jangan biarkan para penjahat ini terlepas begitu sahaja.

“Farhan...”
Farhan adalah nama adik lelaki kecil Intan. Berumur dua tahun, Farhan masih belum boleh berenggang lama dari ibunya. Walaupun kecil, mulutnya sangat becok dan kuat berceloteh. Namun, bahasa yang dipertuturkan tidak dapat difahami, maklum, bahasa budak kecil berumur dua tahun. Tapi, gelagat Farhan sentiasa menceriakan suasana rumah. Dia adalah penyeri kepada keluar Encik Ahmad.
Pada Intan, Farhan terlalu kecil untuk memahai apa yang sedang berlaku kepada keluarganya. Separuh dari hati Intan bersyukur bahawa bukan Farhan yang berada di tempatnya. Bagi seorang budak kecil berumur dua tahun untuk dijadikan mangsa penculikan, azab yang bakal dirasai mungkin jauh berlipat kali ganda dari apa yang dialaminya. Namun, separuh lagi dari hatinya berasa sedih kerana ada kemungkinan dia tidak dapat bersua muka menikmati riang gembira bersama Farhan.
Farhan sihat?
Farhan, kakak sayang Farhan.
Farhan sayang kakak?

Airmata kembali membasahi pipi Intan. Dengan hanya memikirkan terdapat kemungkinan dia tidak dapat pulang bertemu dengan keluarganya, Intan sudah tidak dapat menahan kesedihan.

“Aida...”
Di saat bersedih seperti ini, nama kawan baiknya muncul di bibir. Aida adalah seorang kawan yang ada di waktu suka dan duka. Senang bila bersama Aida. Tiada rahsia antara mereka. Aida adalah satu-satunya insan yang tahu akan cita-cita Intan untuk menjadi seorang selebriti. Intan takut untuk berterus-terang mengenai keinginan itu kepada ibubapanya, tetapi tidak kepada Aida. Aida merupakan seorang kawan yang memahami. Dia tahu ketika mana dia perlu menegur Intan, ketika mana dia hanya perlu mendengar rungutan Intan dan ketika mana dia perlu menasihati Intan. Intan bersyukur dikurnia seorang kawan seperti Aida.
Intan meneka, Aida mungkin merupakan manusia yang paling sedih apabila mendengar berita Intan diculik selain kedua ibubapanya. Aida mungkin tidak mampu untuk berbuat apa-apa, tetapi bila dia mendengar berita itu, dia mungkin akan sentiasa bersama ibu Intan. Di samping dapat menenangkan ibu Intan, Aida juga pasti mahu menjadi antara individu pertama yang mendengar tentang perkembangan kes Intan diculik.
Aida. Bersabarlah.
Kalau dipanjangkan usia,
kita akan bersama lagi.

Manusia perlu terus ke depan. Masa silam dijadikan pedoman supaya kita pada masa kini tidak mengulangi kesilapan. Hasilnya, masa depan kita akan lebih terjamin.”
Tiba-tiba, kata-kata Yusran (Johan) muncul dalam benak fikiran Intan. Wajah Yusran secara automatik timbul dalam fikirannya. Senyumannya, wajah seriusnya, suaranya, semuanya dapat dibayang oleh Intan. Walaupun hanya baru beberapa hari berkenalan, tetapi Yusran sangat mempengaruhi Intan. Sedar tidak sedar, wajah Intan menjadi kemerah-merahan, dan airmata sudah berhenti mengalir.
Wajah Intan bertukar.
“Ya. Kalau aku putus asa sekarang, maka inilah penamat hidup aku. Manusia perlu terus ke depan.”

Kok kok kok.

Pintu bilik Intan dikurung diketuk. Lalu, tombol bergoncang, berputar dan pintu dibuka.



BERSAMBUNG...[33]


Vorteks #33 - Tepat Pada Masanya.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32]




“Sana ada satu lagi.”
Johan menuding jarinya ke arah sebuah rumah tinggalan di tepi landasan keretapi. Rumah dua tingkat itu kelihatan usang dan tidak berpenghuni, akan tetapi sekelilingnya kemas dan bebas dari lalang yang tinggi. Jelas kelihatan, walaupun tidak dijaga, namun rumah itu masih digunakan orang.
Johan dan Prof. Erman menyembunyikan diri di sebalik dahan-dahan pokok rendah.
“Sudah dua rumah kita jumpa. Harap yang ketiga ini betul tempatnya.” Prof. E mengeluarkan alat GPS dari poket bajunya. Dia ingin memastikan koordinat rumah tersebut supaya nanti mudah untuknya melaporkan kedudukan kepada pihak polis.
“Biar saya pergi dekat sikit. Kalau betul, saya beri isyarat kepada Prof dari jauh, ya?”
Prof. E menganggukkan kepalanya tanda setuju dengan cadangan Johan. Johan kemudian dengan perlahan bergerak sembunyi dari satu pokok ke pokok yang lain, semakin menghampiri rumah tinggalan itu.
Akhirnya Johan berada di dinding luar rumah tersebut. Dia dengan bersandarkan belakangnya ke dinding, perlahan-lahan menyusur langkah menghampiri bahagian depan rumah itu. Tangan kanannya masih erat memegang pemotong dawai yang sepanjang satu hasta. Pemotong dawai itu telah digunakannya semasa memotong dawai pagar untuk memasuki kawasan landasan keretapi sebentar tadi. Pemotong dawai itu juga difikirnya boleh dijadikan sebagai senjata. Johan sedar, jika dia mahu menyelamatkan Intan, dia perlu berhadapan dengan si penculiknya. Maka, senjata adalah perlu.

Prof. E jauh di sebalik pokok. Jarak antara mereka dalam 30 meter, namun dipisahkan oleh pokok-pokok renek dan lalang tinggi menjulang. Prof. E gigih memerhatikan Johan di sebalik dedaun tumbuhan hijau itu. Sebelah kiri tangannya memegang alat GPS, manakala sebelah kanan tangannya memegang telefon bimbit dengan tertera nombor balai polis di skrin. Dia hanya menunggu untuk menerima isyarat dari Johan. Jika Johan memberi isyarat tangan bersilang membentuk pangkah, maka rumah tinggalan itu bukanlah tempat Intan disembunyikan. Jika Johan memberikan isyarat tangan membentuk bulatan, maka Prof. E hanya perlu menekan butang hijau di telefonnya dan melaporkan kepada pihak polis tentang kedudukan rumah itu. Bagi Prof. E, adalah penting untuk segera melaporkan kedudukan tempat Intan disembunyikan ini kepada pihak polis.
Sekali-sekala, kelihatan pandangan Johan beralih memandang ke kedudukan Prof. E di dalam hutan. Ini bagi memastikan dirinya tidak hilang dari pandangan Prof. E. Adalah penting untuk dia dapat berinteraksi dengan Prof. E walaupun dari jarak jauh.
Degup jantung Johan dapat dirasai dirinya. Kencang.

“Kau dari mana, Bawi?”
Suara yang datang dari dalam rumah tinggalan itu memberhentikan langkah Johan. Dia mengintai ke dalam rumah melalui hujung penjuru bawah sebuah tingkap. Kelihatan kelibat dua lelaki. Seorang berbadan besar sedang berdiri, seorang berbadan kurus tinggi sedang duduk di atas kerusi sambil memegang majalah hiburan lama untuk bacaan.
Johan mendiamkan diri sambil cuba mendengar perbualan mereka.

“Aku dari belakang. Baru lepas tahan pintu bilik mandi dengan kerusi. Zul sudah terkurung dalam bilik mandi tu.” Lelaki berbadan besar itu menjawab pertanyaan temannya tadi.
“Berani betul kau, Bawi. Berapi si Zul tu nanti marah.”
“Alaa, siapa suruh mandi lama sangat. Aku peduli apa dia marah. Aku tak pernah anggap dia ketua. Aku pun nak merasa yang fresh. Asyik dapat saki-baki, tak seronok.”
Pergh! Berani betul kau ni.”
“Sebelum si Zul sedar dia terkurung, aku nak naik ratah lauk aku dulu. Kau nak join tak, Galah?”
 “Lepas kau selesai, kau panggil aku. Tapi jangan hentam sampai lunyai. Jadi sayur, lembik, aku tak suka.”
“Kita bertiga je. Itupun seorang dah kena kurung. Layan kita dua orang, takkan nak lunyai kot.” Serentak Galah dan Bawi ketawa terbahak-bahak.
“Jadi, dalam rumah ini ada tiga orang saja. Mereka ini dipanggil Bawi dan Galah. Seorang sudah kena kurung di belakang, dipanggil Zul.” Johan cuba untuk mengenalpasti keadaan.

Bawi bergerak ke arah tangga. Selepas dua anak tangga dinaikinya, dia kembali berpusing ke arah Galah yang masih duduk di tengah ruang.
“Wei, Galah. Kau tahu apa nama lauk kat atas tu?”
“Kenapa kau nak tahu?”
“Aku nak jerit nama dia masa tengah ‘enjut-enjut’.”
Galah tergelak kecil. Dia kemudian terdiam seketika sambil memegang dagunya memikirkan sesuatu. Bawi masih terhenti di anak tangga kedua, menunggu jawapan dari Galah.
“Tak salah aku, semalam aku ada terdengar emak dia panggil dia. Hmm..” Galah masih terus berfikir.
“CEPATLAH!” Bawi meninggi suara, mendesak.
“Hah, aku ingat! INTAN! Mak dia panggil dia Intan.”

INTAN?” jerit Johan dalam hati.
Rupanya, ‘lauk’ yang dibualkan mereka merujuk kepada manusia. Manusia yang dicarinya selama ini, Intan. Fresh, ratah, sayur, lunyai, enjut-enjut, semua itu merujuk kepada perkara buruk yang bakal berlaku terhadap Intan.
Berderau amarah Johan dapat dirasakannya mengalir dalam darah. Adrenalin merembes ligat. Semakin kuat genggaman Johan memegang alat pemotong dawai di tangannya.
Johan berpusing ke arah kedudukan di mana Prof. E berada. Dia tidak nampak Prof. E, tapi dia tahu Prof. E memerhatikannya. Johan kemudian mengangkat tangannya membentuk bulatan sebagai tanda isyarat positif bahawa Intan berada di dalam rumah tinggalan itu.

Dari jauh, Prof. E nampak isyarat Johan. Prof. E terkejut, seperti ada satu renjatan menyelubungi badannya. “THIS IS IT. Aku kena segera call polis.”
Prof. E dengan segera menekan butang hijau di telefon bimbitnya. Dilekapnya telefon itu ke telinga. Kedengaran bunyi deringan di hujung talian. Kemudian, deringan itu dijawab.
“Hello, polis. Saya ada maklumat tentang satu kes penculikan...”

“Intan! Intan! Intan!” Bawi mengajuk-ajuk nama anak gadis di bawah tawanannya itu.
“Sedap tak, Intan? Nak lagi tak, Intan?” Galah melayan ajukan. Bergema gelak tawa Bawi dan Galah. Bawi kemudian menyambung langkahnya mendaki tangga ke tingkat atas. Galah menghabiskan gelaknya dan kemudian sambung membelek majalah di tangan.
Johan di sebalik tingkap berpeluh. Marah. Kakinya menggeletar. Dia kemudian memejamkan matanya dengan kuat, seperti mahu mengumpul keringat.
Lalu, Johan membuka mata. Dia mengangkat alat pemotong dawai di tangannya dan bergerak menuju ke pintu masuk rumah itu.

Setelah selesai membacakan koordinat yang tertera di alat GPS kepada polis, Prof. E beralih pandangannya ke arah kedudukan Johan. Dia terkejut. Johan sudah tiada di tempat dia sepatutnya berada.
“Johan, apa kau sedang buat?” benak hati Prof. E kerisauan.

Johan melangkah masuk ke ruang tamu tempat Galah sedang duduk membaca majalah. Bawi sudah tidak kelihatan. Dia pasti sudah berada di tingkat atas.
Kelibat Johan terhalang dengan majalah yang sedang dibaca Galah. Johan dengan langkah laju menghampiri Galah.
“Hey!” Johan menegur.
Galah terkejut. Namun, sebelum sempat dia menurunkan majalah melihat siapa yang menegur, satu libasan kuat hinggap ke sebelah kiri kepalanya. Hadiah khas dari Johan.
Seperti yang difikirkan, Johan menggunakan alat pemotong dawai itu sebagai senjata.
Jatuh tersungkur Galah dari atas kerusi terus ke lantai. Dia terus hilang kesedaran.
Johan kemudian melangkah laju menuju ke tangga.

Di tingkat atas, Bawi mengetuk pintu tiga kali sebelum memulas tombol pintu bilik Intan dikurung. Mangga selak tambahan pintu sudah dibukanya terlebih dahulu. Selepas pintu dibuka, kelihatan Intan ketakutan sedang memperkemas kedudukan dirinya di hujung penjuru bilik.
Intan tidak menangis, tapi kakinya yang terikat bersama sedang bersedia untuk menendang.
Bawi dari pintu perlahan-lahan menghampiri Intan.
“Jangan takut, Intan. Abang ada.”
Bawi terus menghampiri Intan.
Intan menggeletar ketakutan.
Bawi sudah berada kurang satu kaki dari Intan.
Intan mengangkat kedua kakinya sambil menendang ke arah Bawi berkali-kali, tapi dia hanya berjaya menendang angin kerana Bawi dapat mengelak.
Dengan tangan ke hadapan, Bawi menerkam kedua-dua kaki Intan. Dia berjaya menangkap kaki Intan dan mematikan cubaan tendangan Intan. Intan menjerit, namun tiada suara kerana mulutnya ditutup pita.
“Jeritlah. Jerit. Tiada siapa peduli.”

“Ya Tuhan Yang Maha Besar. Selamatkanlah hamba-Mu ini.”
Satu bunyi hentakan kuat berdentum.
Gerakan Bawi terhenti. Dia tiba-tiba jatuh terjelepuk ke sebelah kanan kaki Intan.
Berdiri tegak di belakang Bawi ialah seorang lelaki dengan alat pemotong dawai di tangan.


“Tepat pada masanya.”



BERSAMBUNG...[34]

Vorteks #34 - Masa Seperti Terhenti.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33]




Ish, awak ni! Peliknya soal macam tu.” Intan menolak bahu Aida yang sedang duduk di sebelahnya sambil tersenyum-senyum.
“Pelik apa pula? Soalan saya mudah. Suasana macam mana yang awak rasa paling romantik sekali?” Aida mengulang tanya soalannya.
Intan masih tidak menjawab. Dia memandang ke siling bilik darjah sambil mengusap-usap dagunya seolah-olah terdapat janggut sepanjang dua inci. Tiba-tiba Intan tersenyum lebar.
“Hah, dah ada jawapan?” teruja si Aida selepas melihat perubahan riak muka Intan.
“Begini. Saya dikurung oleh ahli sihir jahat di tingkat paling atas satu menara tinggi. Semasa saya tengah bersedih, tiba-tiba kedengaran bunyi jeritan dan pertarungan di luar. Bila saya jenguk ke luar, rupanya terdapat seorang wira datang mahu selamatkan saya. Dia sedang bertarung sengit dengan naga jagaan ahli sihir itu. Selepas dia tewaskan si naga dan ahli sihir, dia panjat ke tingkap bilik saya dikurung...”
“Macam mana dia panjat menara yang tinggi tu? Guna tali?” Aida mencelah.
“Alaa...Jangan potong dulu, cerita tak habis lagi!” Gelak sakan Aida dan Intan. Lalu, Intan sambung bercerita.
“Sewaktu si wira itu masuk melalui tingkap, saya sedang terduduk di atas lantai. Baju perisai besi yang dipakai si wira itu memantulkan cahaya matahari dari luar tingkap, membuatkan mata saya silau. Wira itu nampak seperti bersinar disirami cahaya. Disebabkan silau juga, saya tak nampak muka si wira, hanya bayang dia saja.” Aida tersenyum mendengar cerita Intan.
“Lalu, dia hulurkan tangan kepada saya dan berkata...”
“...kahwinilah saya!” Aida mencelah lagi.
Gamat satu bilik darjah dipenuhi dengan gelak tawa mereka berdua.
“Wah, romantiknya!”

Untuk seketika, ingatan Intan terimbas satu memori bersama Aida. Memori tentang angan-angan ingin diselamatkan oleh wira berbaju perisai besi.
“Tepat pada masanya.”
Kini, di hadapan Intan berdiri seorang lelaki yang baru sahaja menyelamatkannya dari menjadi mangsa rakus nafsu. Lelaki yang juga boleh dianggap wira penyelamat.
Disebabkan pantulan cahaya matahari yang masuk melalui tingkap, lelaki penyelamat itu kelihatan seperti bersinar disirami cahaya. Namun, bukanlah bersinar disebabkan memakai baju perisai besi seperti yang pernah Intan angan-angankan. Sinaran itu disebabkan pantulan dari peluh yang meleleh di muka, badan dan tangan.

Lelaki penyelamat itu kemudian mengeluarkan pisau pendek yang terselit di pinggang. Dia memotong ikatan tangan dan kaki Intan serta kemudian menarik perlahan-lahan pita pelekat yang tertampal di mulut Intan. Intan kemudian meregang-regangkan pergelangan tangan dan kakinya.
Lelaki penyelamat itu menghulurkan tangan ke arah Intan.
“Awak okey?”
Pada Intan, masa seperti terhenti seketika. Jauh di sudut hati, Intan merasakan bahawa dia bakal menjadi mangsa kerakusan nafsu si penculik. Dia tak pernah sangka bahawa dirinya akan diselamatkan oleh lelaki yang sedang berdiri di hadapannya ini. Seorang lelaki yang baru dikenalinya beberapa hari lalu.
“Yusran?”
Johan baru tersedar bahawa di hadapan Intan, dia dikenali sebagai Yusran.
“Ya, Yusran datang menyelamat.”
Huluran tangan Johan disambut Intan.

Johan membantu Intan berdiri. Akibat dari terlalu lama diikat dan terbaring, Intan mengalami sedikit kesukaran untuk berdiri. Apabila Intan dapat berdiri, dia terus memeluk erat Johan.
Johan terkejut kerana dipeluk. Dipeluk oleh seorang gadis yang bakal menjadi idaman banyak orang termasuk dirinya. Seorang idola.
“Terima kasih. Terima kasih sebab datang.” Air mata kembali berlinang di pipi Intan. Kali ini bukan air mata ketakutan, tetapi air mata kesyukuran.
Johan tersenyum. Dia menepuk-nepuk belakang badan Intan.
“Mari kita keluar cepat,” ujar Johan.

“Mana kau nak pergi, hah? Jahanam.”
Kedua-dua Intan dan Johan terkejut dengan suara itu.
Bawi yang tadi terjelepuk di tepi sudah sedarkan diri. Dia sedang duduk tertonggek sambil menggosok-gosok bahagian belakang kepalanya yang dipukul Johan. Kemudian, Bawi meraba-raba tepi badannya. Dia sedang mencapai pistol yang diselitkan di pinggang.
Johan nampak aksi Bawi mahu mencapai pistol. “Cepat, Intan. Dia ada pistol.”
Johan memegang erat tangan Intan dan berlari keluar dari bilik.
Bawi sempat mengeluarkan pistolnya dan mengacu ke arah mereka.
Tembakan pertama dilepaskan. Tersasar. Johan dan Intan sudah berlari hilang dari pandangan.

Prof. Erman yang berada di kawasan hutan di luar rumah terkejut mendengar bunyi tembakan. “Alamak, mereka ada pistol!”
Kenapalah si Johan ini degil sangat. Aku dah ingatkan banyak kali, kita serahkan sahaja kepada pihak polis. Sekarang dia nak berlagak hero, sedangkan si penculik ada pistol.
Prof. E kembali memerhati kawasan luar rumah tinggalan itu. Dia amat berharap Johan sempat keluar menyelamatkan diri.

Johan dan Intan dengan pantas menuruni tangga. Di tingkat bawah, mereka ternampak Galah yang juga sudah sedarkan diri. Galah dengan muka dalam kesakitan, kelihatan sedang memegang kawasan kepalanya yang dipukul. Dia mungkin sedang separa sedar.
Johan melepaskan tangan Intan buat seketika. Tanpa berlengah masa, dia hadiahkan satu tendangan tepat ke arah kepala Galah. Galah kembali tersungkur kesakitan.
Kedengaran Bawi sedang menuruni tangga.
Johan tanpa membuang masa kembali mencapai tangan Intan. Mereka berdua sambung berlari menuju ke pintu keluar hadapan.
Bawi sudah berbaki enam anak tangga. Dia nampak kelibat Johan dan Intan di pintu keluar. Segera, dia mengacukan pistol dan melepaskan tembakan kedua. Masih tersasar.
Johan dan Intan terkejut dengan tembakan yang hampir satu kaki mengenai mereka itu. Mereka panik. Dari dalam rumah, mereka sepatutnya keluar melalui pintu dan menuju ke arah kanan untuk bertemu dengan kedudukan Prof. E menyorok.

Tembakan ketiga dilepaskan. Kali ini berjaya mencalarkan bahu kanan Johan.
Johan menjerit kesakitan. Intan di sebelah bertambah panik.
Dek kerana tembakan itu menyerang kanan Johan, Johan dan Intan secara spontan bergerak ke kiri selepas keluar dari pintu. Mereka menuju ke arah yang bertentangan dengan tempat Prof. E berada.
Sewaktu Bawi sampai di pintu keluar, Johan dan Intan sudah hilang dari pandangan.


“Johan, kenapa kau ke kiri? Sana menuju ke arah hutan tebal,” kata Prof. E yang menyaksikan segala-galanya.



BERSAMBUNG...[35]

Ramadhan yang (Belum) Hilang.

$
0
0



Assalamualaikum...

Pertama sekali, aku nak ucap
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1434H.

Alhamdulillah, sampai juga kita ke Ramadhan kali ini.

Sebelum apa-apa,
aku nak minta maaf dari hujung rambut ke hujung kaki sebab sudah lama menghilang
(macam laa ada orang kisah aku menyepi)
Tiap-tiap minggu asyik ada cerita vorteks ntahapehape tu je.
Sure kalian bosan, kan?
Aku boleh cipta segala alasan dari yang paling logik diterima akal
sehinggalah yang paling tahi tak masuk akal
tentang sebab kenapa aku menyepi
tapi
aku berkeputusan bahawa aku simpan sebab itu
atas tujuan tak mahu dispekulasi.

Kalian boleh anggap ini sebagai langkah pertama 'comeback' aku.

Bila sebut Ramadhan,
pertama sekali yang kita (aku terutamanya) ingat adalah puasa.
Opkos, puasa di bulan Ramadhan itu Rukun Islam kot...
Tapi, jangan lupa, Ramadhan adalah bulan pesta.
Pesta apa?
Pesta ibadah.
(ok, dah macam ustaz dah bunyinya)

Sebut tentang ustaz,
Ustaz aku ada ajar satu perkara.
Dia kata, kalau bila puasa hanya tahan dari makan, lapar dan dahaga,
seolah-olah macam puasa budak tadika.
Budak tadika bukan tahu erti puasa sepenuhnya.
Pada mereka (budak tadika), puasa hanya tak makan.
Sebab nafsu mereka belum cukup kuat lagi.
Kata ustaz,
kalau kita hanya tahan lapar dan dahaga semata-mata
maknanya puasa kita sama dengan puasa budak tadika tadi.
Kita tak makan, tapi mata tengok porno.
Kita tak minum, tapi mulut kuat mencarut.
Maknanya puasa kita kosong, kosong...Oooo~

Okey,
itu saja dari aku.
Bye!

postquam-scriptum:
Apa relevan gambar ayam golek di awal?
Entah!
Saja nak uji daya ketahanan dugaan makanan kot.
Pada aku, setakat gambar tak ada effect.
Kalau ada bau tu yang buat menggugat kelenjar amilase.

Siapa nak kad raya?




.

Vorteks #35 - Masa Terakhir Seorang Penjahat.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34]




Aku Zul.
Entah mana silapnya, aku kini sedang berlumuran darah, terbaring berseorangan di dalam sebuah rumah tinggalan yang berada jauh ke dalam kawasan terpencil.
Ini kisahnya...

Kisah aku bermula semasa aku kecil. Sewaktu aku berumur 12 tahun, sekumpulan murid lelaki mengganggu seorang murid perempuan semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas waktu persekolahan. Kumpulan yang terdiri dari tiga budak lelaki itu merampas buku yang dipegang, menarik beg yang digalas dan kemudian menolak jatuh budak perempuan itu. Setelah puas mengejek, budak perempuan itu ditinggalkan sendirian begitu sahaja, menangis dengan barang-barangnya bersepah di atas tanah. Kejadian tipikal buli kanak-kanak.
Aku bukanlah salah seorang dari kumpulan budak lelaki itu. Tetapi, aku menyaksikan kejadian itu berlaku dari jauh.
Setelah kumpulan budak lelaki itu hilang dari jarak pandangan, aku menghampiri budak perempuan yang dibuli itu.
“Awak okey?” aku bertanya.
Budak perempuan itu tidak memandang aku, malah masih tidak berhenti menangis. Bagi memperlihatkan niat aku baik untuk menolong, aku mengutip buku-buku dan beg yang berselerak di keliling budak perempuan itu. Melihat tingkah laku aku membantunya, budak perempuan itu berhenti menangis.
Selesai mengutip buku-buku dan beg, aku hulurkan tangan kanan aku kepada budak itu. Dia menyambut tangan aku. Kemudian, aku membantunya bangun berdiri.
“Awak okey?” aku tanya sekali lagi.
Teresak-esak, budak perempuan itu menjawab, “Okey.” Aku tersenyum. Paling kurang, dia memberi respon positif.
“Biar saya teman awak balik ke rumah, okey?” Budak perempuan itu mengangguk setuju.
Semasa dalam perjalanan, aku perasan budak perempuan itu agak berjarak dengan aku. Jadi, atas refleks, aku mencapai tangannya dan menarik dia agar rapat dengan aku. Tindakan aku tiada penolakan. Aku tersenyum kepada dia. Dia senyum kembali pada aku.
Aku perasan pipi budak perempuan itu masih basah berbaki air mata. Sekali lagi, refleks, aku menyapu air mata di pipi dia dengan ibu jari tangan aku. Dia tersenyum, malu. Aku juga tersenyum.
Kemudian, aku menjilat ibu jari aku yang basah dengan air mata.

“Jangan! Jangan! Jangan!”
Itulah perkataan yang dia ulang jerit berkali-kali ketika aku menarik dia masuk ke kawasan ladang sunyi. Siapa suruh dia bodoh sangat, percayakan aku. Bila ditanya kepada aku kenapa laluan untuk ke rumah dia berbeza dari jalan yang selalu dia ambil, aku hanya jawab kata jalan itu pintas dan lebih singkat, dia terus angguk percaya. Apa yang dia tidak sedar adalah aku sedang membawa dia menuju ke sebuah pondok sunyi di ladang kelapa sawit, dan dia bakal menjadi mangsa pemuas nafsu aku.
“Sakit! Sakit! Sakit!”
Jeritan dia, langsung aku tidak peduli. Mungkin pada dia nasibnya malang kerana bertemu dan ditipu oleh aku. Padahal, pada aku, nasib aku amat bertuah kerana dikurnia ruang dan peluang untuk memuaskan nafsu yang tidak mungkin akan aku lepaskan.
Selepas puas, aku terus pergi tinggalkan budak perempuan itu di mana dia terdampar. Berpakaian atau tidak, bernyawa atau tidak, aku tidak pernah peduli. Apa yang aku peduli hanyalah kepuasan diri.

Ya. Itulah aku. Pada usia 12, aku sudah hebat mencari peluang dan kesempatan untuk memuaskan nafsu. Aku seorang oportunis yang miang.
Bukan itu sahaja track record aku. Pada usia 13 tahun, aku sudah pandai mencuri motosikal jiran dan kemudian dijual kepada pasaran gelap. Pada usia 15, aku menjadi penjaga premis perjudian. Aku sertai geng merompak kedai pada usia 17 tahun. Namun, perjalanan hidup aku bukan selalunya lancar. Pada usia 19 tahun, aku ditangkap dan dimasukan ke dalam penjara.  Bukan sekali sahaja, tapi hingga kini sudah tiga kali aku keluar masuk penjara.
Sampai sekarang, aku paling suka bila bergiat dalam kegiatan perdagangan orang dan perlacuran. Gadis muda dari luar yang hidup susah dan terdesak akan aku pujuk menjadi barang lacuran. Untung-untung, aku dapat merasa dahulu mana-mana barang lacuran yang masih ‘gadis’ sebelum dibawa ke pelanggan. Dari pelanggan kelas bawahan, sehinggalah berpangkat V-VIP, semua aku pernah berurusan. Mudah. Mereka bayar, mereka puas, aku senang.

Aku bukanlah jenis yang suka bekerjasama dan bekerja dalam kumpulan, apatah lagi dengan orang yang tidak aku kenali. Akan tetapi, tiga tahun lalu, kali pertama aku berurusan dengan seorang lelaki kurus dan tinggi, dipanggil Galah. Aku kenal dia semasa berada di dalam penjara. Aku suka cara Galah berkerja. Dia tahu apa yang dia mahu. Asalkan aku mampu beri apa yang dia mahu, dia akan ikut segala arahan tanpa ingkar. Aku jadi selalu bekerja bersama-sama Galah. Sedar tidak sedar, Galah menjadi orang kanan aku bila mana aku perlukan tangan tambahan.
Pernah satu ketika, penguatkuasaan polis menjadi begitu ketat sehinggakan susah untuk aku menjalankan aktiviti seludup masuk pelacur dari luar. Dalam waktu aku buntu dan ketandusan barang lacuran, Galah memperkenalkan Bawi kepada aku.
Bawi seorang lelaki yang berbadan besar. Kata Galah, Bawi ada cara mahu kekalkan bekalan pelacur di saat-saat penguatkuasaan polis menjadi ketat. Setelah berjumpa dengan Bawi, kami sebulat suara setuju dengan cadangannya iaitu menggunakan gadis tempatan yang diculik dan dikurung. Bawi pakar dalam aktiviti penculikan tempatan. Maka, kumpulan aku kini terdiri daripada tiga orang; aku, Galah dan Bawi. Sehingga kini, kami sudah bersama hampir dua tahun.
Dalam masa dua tahun ini, aku tiada masalah dengan Galah. Tapi, lain cerita dengan Bawi. Bawi susah untuk dikawal. Dia selalu bertindak mengikut nafsu, lebih-lebih lagi bila dia marah. Aku sentiasa memerhatikan Bawi. Aku dapat rasakan, suatu hari nanti, dia bakal membawa masalah kepada aku.

Kumpulan kami memang terkenal di kalangan kumpulan gelap dengan aktiviti penculikan. Dijadikan cerita, suatu hari seorang kenalan memperkenalkan aku kepada seorang ahli perniagaan yang kaya-raya dipanggil Encik Alex. Encik Alex mengupah kami untuk mengugut musuh perniagaannya, Encik Ahmad dan keluarga. Biasanya kami tidak buat kerja ugut mengugut seperti ini, tapi atas sebab bayaran yang lumayan, kami turutkan.
Untung di hadapan mata. Encik Ahmad mempunyai seorang anak gadis yang sesuai untuk dijadikan barang lacuran. Serta merta, dari kerja mengugut bertukar menjadi kerja penculikan. Kami menculik anak gadis Encik Ahmad dan mengurungnya di dalam sebuah rumah tinggalan yang biasa kami guna.

Di rumah tinggalan tempat anak gadis Encik Ahmad dikurung, aku bercadang untuk menjadi ‘pelanggan’ pertama kepada budak perempuan malang itu. Semasa aku sedang persiapan diri dengan mandi, aku terdengar satu bunyi tembakan dari tingkat atas rumah.
“Apa yang berlaku? Poliskah?”
Belum lagi selesai mandi, aku mencapai tuala dan bergegas mahu keluar dari bilik mandi kerana ingin tahu apa yang berlaku di luar. Aku cuba untuk membuka pintu bilik mandi, tapi gagal, seperti ada sesuatu yang menyekat pintu dari luar. Aku menguatkan tenaga untuk menolak pintu sekaligus menolak apa yang menyekat di luar, tetapi masih tidak berkesan.
“Siapa yang bodoh cuba nak kurung aku ni?” aku menjerit, kemarahan.
Kedengaran bunyi tembakan kedua.
Dek kerana tiada pilihan, aku terpaksa menggunakan kaki dengan menendang pintu sekuat mungkin. Selepas tiga kali tendangan, pintu tertanggal dari engselnya. Laluan sudah terbuka. Barang yang menyekat pintu dari dibuka adalah sebuah kerusi yang disendal kuat.
“Keparat. Kerja siapa ni?”
Aku terdengar bunyi tembakan ketiga.
Dengan hanya bertuala, aku bergegas dari belakang rumah ke ruang tengah. Kelihatan Galah sedang terduduk memegang kepalanya dalam kesakitan. Aku bergegas ke arah Galah.
“Apa yang terjadi?”
Galah yang tidak bersuara, menunjukkan jarinya ke arah ruang depan. Aku menjenguk dan mendapati berdirinya si Bawi tegak di muka pintu memandang ke kawasan hutan di luar. Di tangan kanannya terdapat sepucuk pistol dengan muncung masih berasap.
“Apa dah jadi, Bawi?”
Bawi memusingkan kepalanya memandang aku.
“Budak perempuan tu sudah terlepas.”
Aku terkejut.
APA? Macam mana boleh terlepas?”
“Aku nak rasmi dia dulu. Asyik kau je dapat.”
Refleks, aku menampar kepala Bawi.
BABI! Aku dah kata, biar aku dulu. Lepas tu baru giliran korang. Ni apahal pula sampai nak guna pistol? Kau nak bagi orang tahu kau ada dekat sini ke? Budak perempuan sorang terlepas, takkan korang dua orang tak mampu nak tangkap?”
Bawi memandang aku tajam.
“Ada sorang lelaki datang selamatkan dia. Dia ketuk kepala dengan benda keras.” Galah datang mencelah dari belakang aku. Aku masih tidak puas hati.
“Lepas tu, tiga kali kau tembak tak kena jugak? Bangang sangat ke?”
Mungkin aku sudah terlampau marah, sampaikan aku tidak sedar muncung pistol di tangan Bawi sedang menyentuh perut aku yang tidak berlapikkan pakaian.
Satu das tembakan lagi dilepaskan.
Aku rebah separuh bogel di lantai. Kesedaran aku beransur hilang.

“Jom, Galah. Kita buru budak-budak keparat tu dalam hutan!”

Ayat dari Bawi itu adalah ayat terakhir yang aku dengar sebelum aku menghembus nafas yang penghabisan.



BERSAMBUNG...[36]

6 Perkara yang Tidak Patut Bertambah Tapi Tetap Bertambah di Bulan Ramadhan.

$
0
0

Salam.

Selamat (terus) berpuasa.

Tahu tak menu paling pelik yang pernah aku dapat masa moreh?
Nasi lemak.


Tapi moreh dengan nasi lemak tak pelik lagi.
Apa yang lagi pelik adalah manusia dalam bulan Ramadhan itu sendiri.
Yang sepatutnya berkurang, tak berkurang.
Yang sepatutnya bertambah, tetap macam itu juga.

Kita manusia kadang-kadang terlepas pandang.
Bila aku cakap manusia, ianya termasuk juga aku, kau dan mereka-mereka di sekeliling.
Jadi, aku amat berharap jangan ada yang terasa hati.
Kalau terasa juga, bagitau.
Raya nanti aku minta maaf, insyaAllah.

Berikut adalah ENAM perkara yang sepatutnya tidak bertambah tetapi tetap bertambah di bulan Ramadhan ini.
Ada perkara boleh diambil mudah, ada perkara yang tidak.
Inilah kisah aku...



Bulan puasa sepatutnya kita menahan nafsu dari terus bermaharajalela.
Tapi, aku rasa bulan puasa ni, nafsu makan aku macam besar sangat.
Bukan aku tak biasa lapar.
Bulan tak puasa pun aku selalu berlapar.
Tapi, bila bulan puasa ni,
apa-apa makanan pun nampak sedap.

Aku tak pernah berminat dengan air sirap.
Tapi, dalam bulan puasa, nampak sirap pun dah boleh terliur.
Kadang-kadang, aku nampak budak kecil minum susu botol pun
dah buatkan aku terpandang dua kali.

Nafsu makan yang sepatutnya terkawal di bulan Ramadhan,
jadi membuak-buak, walaupun di awal pagi.
Apa masalah aku??




Ini aku sendiri pelik.
Masuk je bulan Ramadhan, penuh TV nak tayang rancangan masakan.
Bertemakan 'menu sahur', 'menu berbuka', 'juadah raya'
dude!!! Ingat bulan Ramadhan ni pesta makanan ke?

Hampir setiap hari, mesti aku akan tertengok satu rancangan.
Kadang-kadang sampai ada tiga rancangan sehari.
Seronok tengok orang memasak, tapi yang tak seronoknya
masakan yang dimasak itu...
Menggugat iman betul. (Sila rujuk no.1 di atas)

Patutnya bulan Ramadhan ni, stesen-stesen TV tak payah laa nak susun rancangan memasak tu banyak sangat.
Silap-silap, tergugat pula puasa orang yang menonton.
Nanti belum azan Asar, perut dah berisi nasi mendi.





Sudah jadi lumrah, kalau ke bazar Ramadhan,
aku akan compare harga kuih.
Bukan compare dengan kedai sebelah,
tapi compare dengan harga tahun lepas.

Dan sudah tentu,
harga kuih sentiasa naik.
Dari 20sen, naik 4 seringgit, naik 30sen, naik 3 seringgit, naik 40sen, 50sen...
Tak pernah setahun tu tiba-tiba harga kuih turun.
Kalau saiz makin besar tak apa laa juga.
Ini, makin kecik lagi adalah...
Inflasi. Inflasi.

Sedangkan minyak petrol pun boleh turun naik.
Kenapa harga kuih-muih di bazar Ramadhan naik tak turun-turun?






Trend meng'upload' gambar makanan ke dalam media sosial bukanlah hal baru.
Tapi, yang pelik, makin menjadi-jadi masa bulan Ramadhan ni.

Makanan waktu sahur, waktu berbuka, waktu lepas berbuka, waktu moreh,
semua nak diuploadnya.
Tahu laa internet berada di mana-mana,
tapi tak pula sampai tahap kena upload gambar setiap makanan yang bakal dimakan.
Masalahnya, doa makan ada baca tak, duk sibuk nak snap gambar je...

Ada seorang kawan ni,
waktu tengahari pun nak upload gambar makanan.
Aik? Tak puasa ke?






Satu lagi yang pelik pada aku adalah saiz pinggang aku.
Tak menurun pun. Makin naik adalah.

Nak kata tak puasa, insyaAllah, aku puasa.
Nak kata makan banyak, sahur dan berbuka ala kadar je.
Tapi, pinggang tetap naik.
Kalau pinggang aje tak apa,
ni semua serba serbi naik saiz.

Otot-otot yang dibina tak naik-naik,
lemak pula yang mengisi saiz.
Apakah ini semua? Arrrghhhhh!!!!!






Aku selidik,
sejak dua hari sebelum masuk Ramadhan,
sampai laa ke hari entri ini ditulis,
setiap hari mesti ada berita keluar surat khabar tentang mangsa mercun.
Tak pernah berkurang.

Aku pun main mercun.
Aku pun agak kreatif juga.
Tapi, alhamdulillah setakat ni tak ada apa-apa.
Yang keluar berita sampai muka berjahit, tangan hancur, kaki putus tu,
agak-agak sampai tahap mana kreatif diorang ek??


xxxxxx

Semua di atas adalah hasil amatan aku terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling.
Aku pasti,
paling kurang ada satu dua yang terkena dengan korang, kan?
Maaflah kalau terasa. Hehehe...

Ramadhan kali ini, pada aku, penuh dengan harapan.
Tapi, apa yang kita, sebagai umat, perlu buat adalah terus berdoa.
Yang buruk, kita ubah jadi baik.
Yang baik, kita teruskan dan perbaik.
Supaya kita menjadi yang terbaik.

Pada hemat kalian, apa lagi yang sepatutnya tidak bertambah, tapi tetap bertambah dalam bulan Ramadhan ni?
Kongsilah dengan aku...




.

Diari Ramadhan Aku : Amalan Ramadhan

$
0
0




Kalian tahu apa yang patut dikejar manusia di bulan Ramadhan?
Melakukan perkara yang baik..




Belakangan ni kecoh dalam media sosial dan TV tentang seorang artis perempuan berkongsi gambar pergi terawih dengan tunang.
Juga ada beberapa artis lain yang share gambar berterawih dlm twitter.
Ada juga di kalangan kawan aku yang ditemplak kerana check-in foursquare di masjid-masjid,
seolah-olah mereka ini cuba mahu memberitahu seantero alam siber bahawa mereka pergi beribadah dan berterawih di masjid.

Aku bukanlah ustaz yang belajar ilmu agama tinggi-tinggi,
tapi izinkan aku beri sedikit sebanyak pandangan.

Siapa kita yang berhak mempertikaikan niat seseorang?
Selaku manusia, mana kita tahu apa niat si artis yang share gambar berterawih itu?
Kalau niat dia hanyalah mahu berkongsi perjalanan hidup dengan peminat,
kemudian peminat pergi hentam kata nak menunjuk yang diroang ni ke masjid berterawih,
bukankah sudah jatuh hukum fitnah?

Kalau niat si tukang share itu memang mahu menunjuk,
itu adalah urusan antara dia dan Tuhan.
Dosa pahala dia Tuhan yang Maha Mengetahui yang tentukan, kan?
Tugas kita yang termampu, hanyalah menasihati si pelaku agak tidak tergelincir dari landasan yang sepatutnya.
Bukannya pergi maki hamun caci cerca macam tiada maaf sudah untuk mereka.

Bab check-in dalam foursquare tu,
aku sendiri selalu buat.
Just put it like this...
Check-in ke dalam masjid, dengan check-in ke shopping mall,
agak-agak mana satu yang lagi baik dan bagus?

Tapi itu cuma pendapat peribadi aku yang cetek ilmu ni...
Aku sedang cuba belajar, jadi memang akan ada silap salah sana sini...

Apa pula pendapat kalian?






.

Vorteks #36 - Masa Untuk Ke Depan.

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35]




“Kenapa kau bunuh dia, Bawi?” Galah cuba mempertikaikan tindakan drastik Bawi.
Mereka berdua melangkah keluar dari rumah tinggalan itu. Bawi masih mendiamkan diri.
“Kalau dia mati, macam mana kita nak dapat bayaran dari Encik Alex?”
Mendengar kenyataan dari Galah itu, langkah Bawi terhenti di hadapan luar pintu. Dengan pistol masih di tangan, dia berpusing memandang Galah yang berada di tepinya. Perlakuan itu membuatkan Galah terkejut dan terlompat ke belakang satu langkah.
“Dari awal lagi aku tak pernah anggap si celaka Zul tu sebagai ketua. Tapi dia sibuk mengarah kita sana-sini seolah-olah kita ni kuli dia.”
Mendengar kata-kata Bawi itu, Galah menarik nafas lega. Lega dirinya tidak diapa-apakan Bawi. Dia tidak mahu nasibnya menjadi semalang Zul.
“Tentang urusan dengan Alex, kita anggap semuanya sudah terbatal. Aku tak suka berurusan dengan orang macam Alex tu. Lagipun, aku ada plan lain nak dibuat dengan budak perempuan tu. Plan yang lebih menguntungkan,” sambung Bawi dengan senyuman di bibir.
Galah kemudian menoleh ke belakang, meninjau mayat Zul yang terlentang di tengah ruang rumah. Hatinya sayu melihat kawannya itu sudah tidak bernafas. Tapi business is business, teman datang dan pergi, kali ini dia memilih untuk terus bersama Bawi.
Dengan sepucuk pistol seorang, Bawi dan Galah bersiap sedia untuk memasuki hutan di sebelah kiri rumah, kawasan hutan di mana Johan dan Intan tuju untuk melarikan diri. Tanpa disedari, segala gelagat mereka sudah dirakam oleh Prof. Erman melalui aplikasi kamera video di telefonnya. Prof. E masih bersembunyi di dalam kawasan semak samun di kanan rumah.
“Johan, kenapalah kau berlari ke arah hutan. Hutan tu hutan tebal. Kau sudah letakkan diri dalam keadaan bahaya. Sama ada kau jadi makanan haiwan liar di dalam hutan, ataupun kau jadi mangsa bunuh si penculik durjana tu.”

Johan dan Intan masih berlari di dalam hutan. Mereka berdua sudah memasuki kawasan hutan tebal di mana pokok-pokok yang meninggi membentuk kanopi menutup langit. Lantai hutan menjadi sedikit lapang dek kerana ketiadaan semak samun lalang yang tinggi. Yang ada hanyalah pokok-pokok renek dan lapisan daun kering yang gugur dari atas.
Intan memperlahankan langkahnya. Johan yang masih memegang tangan Intan dapat rasakan yang Intan mungkin keletihan. Melihat pokok sebesar dua pemeluk di hadapan, dengan pangkal batangnya sesuai dijadikan tempat bersembunyi, Johan mengambil keputusan untuk berhenti dan berehat seketika.
“Kita berehat di sini dulu ya, Intan.”
Intan terduduk kepenatan. Nafas laju dihembusnya berulang-ulang kali. Sekali sekala, dia menolak rambutnya yang menutup dahi ke belakang.
Johan berdiri bersandar dan cuba menjenguk ke belakang. Tiada kelibat dua penculik yang bernama Bawi dan Galah itu lagi. Apa yang lebih merisaukan adalah bunyi tembakan keempat yang didengarinya sejurus selepas mereka berdua masuk ke kawasan hutan. Adakah mereka ternampak Prof. E? Adakah itu tembakan untuk Prof. E?
“Prof. E bukanlah seorang yang akan masuk campur dalam keadaan genting seperti tadi. Aku rasa dia selamat. Mungkin tembakan keempat tadi adalah amaran kepada aku dan Intan.” Johan cuba untuk menenangkan hati.

“Awak..” Intan memanggil Johan.
“Awak..” Panggilan diulang kerana Johan tidak memberi respon.
“AWAK!” Suara Intan sedikit meninggi. Tersentak, Johan berpaling. “Ya, Intan.”
“Macam mana awak tahu saya diculik di sini?” Soalan Intan menarik perhatian Johan. Johan jelas bahawa dia tidak bersedia untuk menjawab soalan seperti itu. Dia tiada idea untuk mereka cerita dan juga masih tidak bersedia untuk menceritakan hal sebenar.
Saya boleh tahu awak diculik di sini sebab saya datang dari masa depan. Itu bukanlah jawapan yang bagus untuk menerangkan segalanya.
Johan memandang Intan. Nafas yang tercungap-cungap akibat kepenatan. Bibir kelihatan kering. Rambut basah akibat peluh. Baju tidur yang nipis penuh dengan kekotoran. Berkaki ayam.
BERKAKI AYAM?
Ya, dia baru sedar Intan berkaki ayam. Diculik di dalam rumah, dikurung di dalam rumah tinggalan usang dan berlari keluar melarikan diri dalam keadaan tergesa-gesa, siapa peduli jika perlu berkaki ayam?
Johan kemudian duduk dan memegang kaki Intan. Kelihatan calar sana-sini akibat tidak beralas semasa berlari di dalam hutan yang penuh dengan ranting kayu dan batu. Sewaktu disentuh kawasan calar itu, Intan dengan refleks memberi respon sakit, pedih.
“Maaf ya, Intan. Saya tak sedar awak berkaki ayam tadi.”
“Tak apa. Awak sudah datang selamatkan saya. Takkan saya nak minta awak bawakan kasut extra pula, kan?”
Johan tersenyum. Dia sedikit lega kerana tidak perlu menjawab soalan Intan sebelum tadi.
Intan sedar Johan tidak menjawab soalannya, atau lebih tepat, mengelak untuk menjawab soalan itu. Dia tidak kisah. Dapat diselamatkan dari sekumpulan penjahat yang rakus dengan nafsu sudah memadai buatnya ketika ini.
“Dengan keadaan kaki awak, agak menyusahkan untuk awak berjalan dalam hutan.”
Mendengar kata-kata Johan, Intan sedikit terkejut. Dia tidak menyangka kata-kata seperti itu datang dari seseorang yang dianggapnya sebagai ‘wira berbaju perisai’.
“Maksud awak, saya ini menyusahkan awak? Saya sudah menjadi beban kepada awak?” Intan menunduk kecewa, menatap kakinya yang menjadi punca segalanya.
Johan tersenyum. Dia sedar Intan sudah tersalah faham.
Johan kemudian bergerak dengan belakangnya mengadap ke depan Intan, dan mencangkung.
Onbu?”
Huh? Onbu?” balas Intan yang bingung dengan kata-kata Johan tadi.
“Ya, onbu. Gendong belakang. Piggyback.” Johan menepuk-nepuk belakang badannya. Intan masih tercangak-cangak.
“Sekarang masa untuk ke depan. Kita kena sentiasa bergerak. Dengan duduk di sini tak berbuat apa-apa, sama ada kita akan jadi pengisi perut haiwan buas, ataupun jadi mangsa bunuh penculik tadi. Jadi, kita kena terus bergerak bersama-sama.”
“Tapi...”
“Awak kepenatan. Jelas awak dehydrated akibat kurang air dan banyak berpeluh. Tambahan teruk pula dengan keadaan kaki awak. Jadi, satu-satunya cara untuk kita terus ke hadapan adalah dengan onbu.”
“Tapi...”
Johan segera menarik badan Intan rapat ke belakang badannya. Johan meletakkan kedua-dua tangan Intan ke atas bahunya. Dia kemudian mengampu peha Intan dan menginjakkan badannya bangun dari posisi cangkung. Intan terkejut, terkesima, malu pun ada.
“Maaflah, tapi kita tiada masa untuk bertukar pendapat,” jelas Johan.
Johan memulakan langkah berjalan memijak ranting-ranting kayu. Intan masih tercengang selepas digendong Johan.
“Tapi, saya berat, busuk, basah dengan peluh...” bisik Intan, malu.
Johan dengar akan bisikan Intan itu. Dia tersenyum tanpa jawapan.


Selangkah demi selangkah, Johan yang menggendong Intan di belakang bergerak terus masuk ke dalam hutan.



BERSAMBUNG...[37]

6 Perkara yang Tidak Patut Berkurang Tapi Tetap Berkurang di Bulan Ramadhan.

$
0
0
Salam.

Selamat berpuasa.
Sekali lagi, entri berkenaan bulan Ramadhan.

Tahu tak menu sedap waktu moreh setakat ni?
Roti jala dengan kari kambing. Pergh!!


Tapi moreh dengan roti jala bukanlah perkara paling seronok berlaku.
Apa yang lagi seronok pada aku adalah memerhatikan gelagat manusia dalam bulan Ramadhan ni.
Yang tidak sepatutnya berkurang, tetap berkurang.
Yang tidak sepatutnya bertambah, jadi berlipat kali ganda.

Kita manusia kadang-kadang cepat sangat buat keputusan.
Bila aku cakap manusia, ianya termasuk juga aku, kau dan mereka-mereka di sekeliling.
Jadi, kepada yang membaca ini, cuba buat satu perkara ini...
...iaitu berfikir sebelum bertindak.
Mari sama-sama berubah, insyaAllah.

Berikut adalah ENAM perkara yang sepatutnya tidak berkurang tetapi tetap berkurang di bulan Ramadhan ini.
Macam pernah dengar tajuk ni?
Dua minggu lepas aku ada post tajuk yang lebih kurang sama, tapi 'berkurang' jadi 'bertambah'.
Ingat? Ingat? Ingat? klik sini untuk lebih ingat...




Patutnya bulan puasa tiada sarapan, maka bolehlah masuk ofis awal.
Tapi, masuk ofis pun betul-betul last minute nak punch.
Tu pun kadang-kadang terlepas.
Sebelum masuk, merungut dulu dalam twitter,
"Wai du we hef tu go tu werk?!," tweetnya.
Kalau masuk terus buat kerja, tak apa juga.
Ni tidak, layan YouTube, blog-blog hiburan dan facebook dulu.

Waktu rehat pukul 1, tapi pukul 12 dah lesap.
Cari punya cari, pergi membuta dalam surau sampai pukul 2.
Masuk balik ofis, tengok jam setiap 5 minit.
Sebab nak cabut lari balik pukul 4.30, almaklumlah, dapat balik awal berkat bulan puasa.
Tapi pukul 4 dah kemas meja, 4.15 dah tunggu depan pintu.

Dah macam tu, asyik tanya bos ada bonus raya tak?
Mana motivasi?





Bulan puasa dapat balik awal.
Bukan kita seorang, tapi semua orang.
Jadi, sesak tetap sesak. Semua nak balik awal.

Bila sudah terperangkap dalam kesesakan, apa lagi
tak cukup dengan hon setiap 5 saat,
sanggup pergi roll-down tingkap keluar tangan tunjuk jari hantu.
Caci maki, sumpah seranah semua sampai sudah habis idea nak dikeluarkan.
Kalau ada glosari carut marut, penuh tebal macam kamus kita boleh karang.

Belum cerita pasal kereta besar berlagak kecil.
Selit sana sini, cilok sana sini. Lagi best, pakai emergency lane.
"Cepat, aku nak bersiap untuk berbuka," alasannya.
Macamlah dia seorang saja berpuasa.

Mana kesabaran?





Ya. Kita berpuasa.
Tapi itu bukan alasan untuk mencuka.
Senyum bukan susah, bukan payah.
Kata otot senyum lagi sikit dari otot mencuka.
Jadi, apa salahnya sentiasa senyum memberi sedekah?

Bila berselisih dengan orang, senyumlah.
Bila berhadapan dengan pelanggan, senyumlah.
Masa nak beli makanan di bazar, senyumlah.
Masa kena tahan polis sebab memandu laju, senyumlah.
Senyum, bukan susah.

Mana senyuman? Cuba senyum sikit, kan manis. *ngorat boleh?*





Ramadhan memang bulan rezeki.
Orang lain nak berniaga, kita pun nak berniaga.
Orang lain nak beramal, kita sibuk nak kejar keuntungan.

Sebelum puasa elok je kuih besar duit lima kupang.
Masa puasa, tiba-tiba jadi saiz mini, besar lima duit.
Bila disoal, alasan dah siap sedia.
Harga barang naiklah, tepung kena catulah, saiz tetap samalah.
Kalau harga jadi kurang, tak apa jugak.
Ni harga nak sama, saiz nak kurang.
Apakah ini semua?

Mana keberkatan?





Nak kata, salah. Tak kata, serba salah.
Baik yang dibeli di gerai, atau yang dibuat sendiri,
air selalu kurang manis.
Kalau buat sendiri, boleh adjust gula..
Tapi kalu beli?

Warna dah cantik, menarik. Sekali berbuka, rasa, alahai...
Memanglah waktu bulan puasa tak boleh nak rasa, tapi takkan laa sampai tahap rasa air paip?
Kalau rasa-rasa aku nak minum air paip berwarna,
baik aku amik air dari tandas, jatuhkan setitis dua kaler buncho.
Sama je nampak, rasa pun lebih kurang.

Ya, kurangkan manis dalam minuman, lebihkan manis dalam senyuman.
Tapi senyum pun tak, manis pun tak.
Sebungkus air sampai RM 2, RM 2.50, RM 3, baik aku beli air kedai tujuh-sebelas.

Mana keikhlasan?





Yang ni, aku rasa semua dah sedia maklum.
Tapi, dalam dah sedia maklum tu, berlaku juga.
Akulah salah seorang pelakunya.

1 Ramadhan, masjid penuh.
Tak kira solat 5 waktu, apatah lagi solat terawih, sentiasa penuh.
Hari demi hari, isi makin kurang.
Sampai ke 10 malam terakhir, jemaah boleh kira dengan jari.

Cuba teka dekat mana pula tempat yang jadi penuh?
Ya.
Jalan TAR, Jalan Masjid India. Uptown, downtown.
Shopping complex.
Almaklumlah, semua nak bersiap untuk raya.
Apa boleh buat...
*aku laa tu*

Mana semangat ibadah?


xxxxxx


Semua di atas adalah hasil amatan aku terhadap diri sendiri dan keadaan sekeliling.
Aku pasti,
paling kurang ada satu dua yang terkena dengan korang, kan?
Aku memang dah terkena dah. Hehehe...

Ramadhan kali ini, pada aku, penuh dengan harapan.
Semua orang mahu berubah.
Ambillah masa Ramadhan ini sebagai titik perubahan.
Berubahlah menjadi lebih baik.

Pada pandangan kalian pula, apa lagi yang sepatutnya tidak berkurang, tapi tetap berkurang dalam bulan Ramadhan ni?
Kongsilah dengan aku...
Cer kongsi, cer kongsi *tagline cer cer ni dah basi, ek?*





.

Vorteks #37 - “Apa Akan Jadi Pada Masa Hadapan?”

$
0
0

[1][2][3][4][5][6][7][8][9][10][11][12][13][14][15][16][17][18][19][20][21][22][23][24][25][26][27][28][29][30][31][32][33][34][35][36]




“Aku sudah lakukan yang terbaik. Harap ianya memadai.”
Perlahan langkah Prof. Erman menuju ke keretanya. Dia sudah keluar dari kawasan hutan yang ditempuhinya sebelum ini bersama Johan. Cuma kali ini, dia berseorangan. Dibukanya pintu kereta dan dengan longlai kepenatan dia duduk di atas tempat duduk pemandu. Dengan tangan kedua-duanya di stereng, Prof. E menekupkan mukanya. Dia kelihatan letih. Letih fizikal, letih mental.
“Semoga kau selamat, Johan. Intan juga.”
Apa akan jadi jika Johan gagal pulang ke masa hadapan? Apa akan jadi kalau Intan tidak terselamat? Apa akan jadi pada masa hadapan? Segala persoalan itu terlalu penat untuk difikirakn prof. E sekarang. Prioritinya adalah keselamatan Johan dan Intan.

Sementara itu, di rumah tinggalan tempat Intan pernah disembunyikan, kelihatan sebuah kereta pacuan empat roda milik pasukan gempur polis baru sampai dan menyertai lagi dua kereta yang sama di laman rumah tersebut. Kelihatan baru keluar dari kereta baru sampai itu adalah pegawai polis berpangkat inspektor yang sebelum ini pernah berada di rumah Encik Ahmad untuk siasatan kes penculikan Intan. Dia kemudian didatangi oleh dua orang bawahannya, seorang koroner bahagian forensik dan seorang pegawai berpangkat sarjan.
“Inspektor Bakar.”
Kedua-dua pegawai tadi memberi tabik hormat kepada pegawai atasannya. Inspektor Bakar membalas hormat tersebut dan mengangguk tanda kebenaran meneruskan taklimat.
“Paling kurang, mungkin ada tiga das tembakan dilepaskan dalam rumah ini, tuan. Ada satu mayat dijumpai di dalam. Mangsa dalam keadaan hanya bertuala mati akibat tembakan point-blank di perut,” lapor pegawai koroner itu.
“Hmm...point-blank? Dapat kenalpasti siapa mangsa?” si tuan bertanya.
“Dari proses pengecaman awal, dia mungkin adalah penjenayah dikehendaki bahagian penculikan dan pemerdagangan orang yang dikenali sebagai Zul. Dia berkemungkinan mati akibat perselisihan faham dengan temannya,” lapor sarjan pula.
“Mangsa teman sendiri?” Inspektor Bakar tersenyum sedikit di hujung bibir.
“Menurut rekod kita, tuan, mangsa dikatakan di dalam satu kumpulan dengan dua lagi penjenayah dikehendaki, dipanggil Galah dan Bawi. Mereka giat menculik remaja tempatan bagi tujuan pelacuran di dalam dan luar negara, tuan.”
Inspektor Bakar diam seketika. Mukanya menjadi resah.
“Nampaknya, kita bukan sahaja berhadapan dengan penculikan biasa. Ini satu sindiket, kes ini berprofil tinggi.”
Mereka bertiga kemudian didatangi oleh seorang lagi pegawai polis yang muncul dari dalam rumah.
“Tuan, kami ada jumpa bukti tinggalan berhampiran mangsa.”
Pegawai itu menghulurkan sebuah telefon bimbit. Selepas memakai sarung tangan getah, Inspektor Bakar mengambil dan membelek-belek telefon bimbit itu.
“Ini telefon bimbit lupus. Ianya tidak didaftarkan. Adakah ianya milik mangsa?” soal Inspektor Bakar.
“Kami masih belum pasti. Kemungkinan besar bukan kerana mangsa dalam keadaan tidak berpakaian. Semua pakaiannya ditinggalkan di dapur. Telefon milik mangsa juga ada dalam poket seluarnya yang ditinggalkan.”
“Telefon ini?”
“Telefon ini dijumpai di sebelah mayat mangsa.”
Inspektor Bakar menekan beberapa punat berkali-kali. Dia dibawa ke satu rakaman video yang sengaja ditinggalkan di muka depan paparan. Inspektor Bakar memainkan video tersebut. Bersama-sama tiga pegawai yang lain, video itu dipertontonkan.
Itu adalah video yang dirakam Prof. E sebentar tadi. Walaupun dirakam dari jauh, tapi segala aksi dan kelibat dapat jelas dilihat kerana semuanya berlaku berdekatan tingkap. Video selama 1 minit 33 saat itu bermula dari bunyi tembakan pertama yang dilepaskan, diikuti dengan tembakan kedua, tembakan ketiga, aksi Johan dan Intan berlari keluar dari rumah dan ke arah hutan, Zul datang memarahi Bawi dan Galah, dan tembakan keempat di perut yang merampas nyawa Zul, seterusnya babak Bawi dan Galah beransur meninggalkan rumah itu menuju ke arah hutan tempat Johan dan Intan berlari.
Inspektor Bakar dan tiga lagi pegawainya tergamam selepas selesai menonton video tersebut.
“Jelas, mangsa dibunuh kawan sendiri. Malah, salah satu dari dua orang yang berlari ke dalam hutan pada awal video adalah anak perempuan Encik Ahmad, mangsa culik yang dilaporkan awal pagi ini. Semuanya sama seperti apa yang terkandung di dalam panggilan kepada polis sebentar tadi.”
Inspektor Bakar menarik nafas panjang sebelum memberi arahan.
“Sarjan, hubungi unit K9 dan anjing pengesan segera, kita akan mencari mangsa culik dan memburu dua lagi penjenayah yang sedang mengejar mereka.”
“BAIK, TUAN!”

“Semoga kamu berdua selamat.”
Tindakan Prof. E meninggalkan telefon bimbit berhampiran mayat Zul adalah tepat. Telefon bimbit terpakai yang terkandung rakaman video penting itu tidak didaftarkan adalah kerana Prof. E hanya perlu membuat panggilan kepada nombor polis. Sebarang nombor kecemasan adalah percuma dan tiada caj. Dengan kata lain, jika telefon itu ditemui pihak polis, ianya tidak boleh dikesan mempunyai kaitan dengan Prof. E. Itulah rancangan dan niat sebenar Prof. E. Dia tidak mahu dirinya dan Johan terkait dengan kes polis. Dia hanya mahu selamatkan Intan tanpa siapa tahu. Malangnya, segalanya tidak mengikut perancangan awal. Johan dan Intan kini berada dalam bahaya.
“Kau patut dengar nasihat aku, Johan.”

Di dalam hutan, Bawi yang mengepalai Galah dengan cermat melangkah ke ke depan. Sekali sekala langkah Bawi terhenti sambil memerhati lantai hutan. Ada ketika Bawi berhenti dan meneliti dahan pokok rendah yang terpatah.
Bawi mungkin kelihatan besar, rakus dan tidak boleh diharap. Tapi, jika ada satu perkara yang boleh Bawi banggakan,  itu adalah kemahirannya dalam memburu dan mengesan di dalam hutan. Kemahiran itulah yang membuatkannya berjaya lari daripada ditangkap polis walaupun dirinya berada dalam senarai dikehendaki akibat dari kegiatan penculikan dan pemerdagangan orang.
“Bawi, betul ke jalan yang kita lalu ni?” Galah meragui kemahiran Bawi.
“Kau jangan risau, Galah. Budak-budak mentah tu tak sedar betapa jelasnya jejak langkah yang mereka tinggalkan. Mereka boleh terus lari, tapi mereka tak boleh bersembunyi. Lagipun, budak perempuan bernama Intan itu tak berkasut. Berapa jauh mereka boleh pergi tanpa kasut dalam hutan macam ni.”
Bawi kelihatan yakin dengan langkahnya menjejak Johan dan Intan. Galah cuma ikut dari belakang. Tiba-tiba, ada titisan air jatuh dari atas dan mengenai pipi Bawi. Bawi menyapu pipinya, kemudian dilihat ke tapak tangan, seterusnya mendongak kepala memandang ke atas.
“Hujan?”

Inspektor Bakar yang sedang bersiap untuk memasuki hutan turut memandang ke langit.
“Hujan akan turun?”

Beberapa titisan air menghentam cermin depan kereta Prof. E, membuatkan Prof. E mendongak melihat langit.

“Hujan.”



BERSAMBUNG...[38]

Diari Ramadhan Aku : Kad Raya

$
0
0


Kalian tahu apa antara yang menyedihkan tentang raya kini?
Tradisi bertukar kad raya sudah semakin pupus...










Tahun ni,
aku dapat satu saja kad raya.
Datang dari YB merangkap pemenang saingan pilihanraya baru-baru ini di kawasan parlimen tempat aku tinggal.
Aku tak pangkah pun dia hari itu, tapi dia menang juga.
Apa boleh buat.

Yang lain?
Adakah aku sudah semakin kurang kawan?
ataupun sebab aku yang tak mulakan dulu hantar kad?
Tapi, kalau aku yang hantar kad, kawan-kawan aku nak ke balas?
Mereka ada masalah lebih besar dari susahkan diri nak balas kad aku.

Nampaknya,
tradisi berbalas kad raya memang semakin pupus...

Berapa korang dapat kad raya tahun ni?




.

Raya! Raya! Raya!!

$
0
0

Salam.
Tahukah kalian apa yang baru bagi aku raya tahun ni?
Tak ada apa-apa.



Tahun ni aku berkeputusan untuk ambil langkah bersederhana.
Semua guna semula. Mix and match.

Ramadhan yang berlalu agak membuatkan aku sayu.
Harap tahun depan dapat bertemu kembali, insyaAllah.

Dengan ini aku minta ampun sepuluh jari andai ada terkasar bahasa terluka hati sesiapa.
Kalau boleh, halalkan apa sahaja yang kalian beri kepada aku.
Kalau tak boleh halal, kalian boleh tuntut dengan aku, insyaAllah.

Oh ya,
kalau ada korang yang nak buat rumah terbuka dan nak jemput aku *batuk batuk*
aku sangat berbesar hati.
Kalau dekat, aku pergi (insyaAllah)

Terima kasih kerana terus menyokong aku dalam blog ini.
Walau ada kala aku hilang, tapi korang tetap ada.

Oh, dan kalau korang baca entri ni pada hari raya pertama, kedua, dan ketiga,
aku suggest korang tutup browser dan shut down computer lepas habis baca.
Hari raya, biarlah kita bergembira di alam nyata juga...
Jangan laa asyik nak duduk depan computer saja..

Akhir kata,
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 1434h
Maaf zahir batin.



.

Perseid, Percy Jackson dan Purse Aku.

$
0
0



Kalian tahu tak apa yang sudah bertambah?
Berat badan aku.

Tapi bertambahnya berat badan aku tidaklah mengecewakan.
Apa yang lagi mengecewakan adalah tak dapat melihat hujan meteor Perseid.



Beriya keluar media sana sini yang fenomena pancuran hujan meteor Perseid daripada buruj Perseus yang dijangka dapat dilihat di ruang angkasa Malaysia pada Isnin lepas (12 Ogos 2013) sehingga Subuh esoknya (Selasa, 13 Ogos 2013).
Akulah antara yang paling bersemangat.

Antara hobi aku dulu adalah merenung langit malam.
Kadang-kadang, kena waktu yang gila sikit, aku siap cakap sorang-sorang lagi masa merenung langit malam.
Tapi langit malam dekat KL apalah sangat.
Paling kuat pun dapat nampak bulan dan bintang sebiji dua.
Sebab tu bila dengar ada hujan meteor dapat dilihat jelas dengan mata kasar,
aku jadi super eksaited.

Nak dijadikan cerita,
aku pergi laa ke port aku selalu pergi merenung langit malam.
Hentian bas depan sekolah aku dulu.
Since sekolah aku berada atas bukit, jadi permandangan malam memang clear.

Sunyi, separa gelap dan tiada orang.
Port ni pernah jadi sarang couple-couple durjana yang tak cukup bajet nak sewa hotel murah untuk melempias nafsu.
Majoritinya budak-budak muda yang spender pun mak basuhkan.
Buat rosak tempat betul spesies macam tu.

Tapi malam nak melihat hujan meteor Perseid ni, aku seorang saja dekat port tu.
Tak pasti orang lain tak seteruja aku, ataupun aku terlebih teruja datang awal.
Tapi aku peduli apa.

Berita kata start pukul 11 dah boleh nampak.
Tapi aku pukul 10.30 dah tercegat kat situ.
Aku pun menunggu.
Tetiba aku sedar sesuatu, suasana dah lain. Dah berubah.
Dulu cantik langit dari sini.
Sekarang, terlalu banyak pencemaran cahaya.
Gedung jualan perabot yang dekat sebatu sana dengan gigih memancar lampu berwarna-warni ke langit dengan tujuan menarik pelanggan.
Pukul 11 sapa nak beli perabot oi!!
Dah macam lampu nak panggil Batman dah aku tengok.

Hasilnya,
langit tak secantik dulu.
Bintang terang biasa pun susah nak nampak.
Inikan pula hujan meteor Perseid yang katanya hanya boleh nampak setiap 133 tahun.
Waktu ni, aku amat berharap aku berada di kawasan pedalaman.
Biar clear habis langit, sure cantik yang amat.

Aku pun balik hampa.
Sepuluh minit lepas aku balik, hujan turun.
Dalam hati aku bersyukur sebab kalau aku terus menunggu,
sudah tentu aku tengah kesejukan terperangkap dalam hujan.

Esoknya, hek eleh...
Tak ramai pun yang dapat tengok hujan meteor tu..
Yang pakai teropong segala pun dapat nampak secalit je.





Masa jalan dekat shopping mall, aku ternampak poster wayang.
'NOW SHOWING! Percy Jackson: Sea of Monsters'
Aku suka Percy Jackson. Yang 1st dulu aku layan best gila.
Jadi niat hati nak laa layan yang sequel ni.

Tapi, sejak kebelakangan ni aku ada prinsip pelik yang aku pegang.
'AKU TAKKAN TENGOK WAYANG SEORANG DIRI LAGI'
Dalam usaha aku nak memelihara memori indah lama,
aku decide takkan tengok wayang sorang lagi.
Selalunya kalau nak tengok, aku ajak member atau famili.

Famili aku semua sibuk.
Kawan-kawan pula, yang sudah kahwin semua terputus contact.
Bila diajak lepak, semua kasi alasan komitmen keluarga.
Macamlah bila dah berkeluarga tu, kawan kena buang jauh-jauh.
Yang belum kahwin, sibuk dengan awek masing-masing.
Yang tiada awek, sibuk nak ke rumah terbuka, nak jual diri cari awek.
Maka, aku keseorangan.

Nak tengok wayang, kena ada teman.
Nak cari teman, semua ada hal.
Maka, pulanglah aku ke rumah diiringi kesedihan.
Percy Jackson, nanti aku download je laa...





Raya baru-baru ni,
aku reward diri aku dengan beli dompet baru.
Dompet jenis yang panjang, sebab aku tak gemar sangat duit berlipat.

Ceritanya,
dompet lama aku dekat 4 tahun aku pakai.
Bila beli dompet baru, nak pindah-pindah isinya mengambil masa.
Masa memunggah keluar isi dari dompet lama,
macam-macam aku jumpa.
Semuanya menggamit kenangan.

Keratan tiket wayang, resit makan di restoran, duit kertas terkoyak.
Semuanya hampir tiga tahun berkulat dalam dompet lama.
Semuanya membuatkan aku terkenang memori lepas.
Aku tersenyum.
Lepas tu, aku berkerut muka.
Akhirnya, aku mengeluh panjang.
Memori. Yang indah dirindui. Yang pahit diingati.

******

Ketiga-tiga event di atas membuatkan aku terfikirkan sesuatu.
Memori lepas bersama seorang insan begitu terkesan kepada aku,
sampaikan hingga saat ini, aku tak berminat nak cari pengganti.
Sampai tahap aku pernah dituduh gay.

Bagaimana dengan tekad aku mahu ke sana?
Adakah masih ada kuat?
Ya, ada. Masih tebal.
Tetapi, sama ada aku ke sana atas tujuan apa, aku masih belum pasti lagi.
Sehingga aku betul-betul pasti tujuan aku,
barulah aku akan ke sana dengan langkah berani.

Ya.
Memori indah membuatkan aku merindu.
Agaknya, apa khabar kamu di sana?






.
Viewing all 508 articles
Browse latest View live